Pakar MET dedah tiga hari akan datang waktu sangat kritikal. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh wakil rakyat selain memberi respon segera jika banjir berlaku dalam masa terdekat, ketika Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) semakin hampir.
Pakar Metereologi, Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, tempoh tiga hari akan datang sangat penting untuk meramalkan apa yang akan berlaku.
“Kalau saya lihat apa yang sedang berlaku sekarang, elemen-elemen yang mungkin menyebabkan banjir besar memang sedang berlaku. Sama ada jadi atau tidak (banjir besar), dua atau tiga hari inilah penentunya dan kena diperhatikan.
“Sekiranya banjir besar, akan ambil masa untuk respon dan proses pemulihan seperti yang kita lihat pada tahun 2014 dan 2021. Kalau jadi banjir besar, orang tak nak dengan kempen, mereka sibuk cuci rumah, fikirkan kerugian dan kemusnahan.
“Sekiranya sebelum 19 Nov tidak berlaku banjir besar, selesa sedikitlah. Tetapi kalau berdasarkan ramalan, kita hanya ada dua hari saja di mana ramalan cuaca baik.
“Jadi dua, tiga hari ini perlu diberi tumpuan,” katanya ketika muncul dalam program Malaysia Memilih, pada Jumaat.
Tambahnya, wakil rakyat perlu memikirkan untuk menyediakan peruntukan besar bagi kawasan mereka yang terdedah dengan banjir kerana usaha mengurangkan risiko banjir bukan sahaja memerlukan masa yang panjang, tetapi juga kepakaran kejuruteraan yang hebat.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan lanjut akan dibuat sekiranya keadaan mendesak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hak menangguhkan PRU15 jika banjir besar berlaku.
BACA:
Pangsapuri ‘mini Hong Kong’ di Cheras dilelong dengan harga RM423,000 tapi projek belum siap
Fesyen baju Nadia Brian tersembul di dada, netizen perasan sesuatu
Selamat dikebumi, keluarga Syazlin Zainal masih tak tahu punca sebenar kematian