Selamat dikebumi, keluarga Syazlin Zainal masih tak tahu punca sebenar kematian

Selamat dikebumi, keluarga Syazlin Zainal masih tak tahu punca sebenar kematian

Selamat dikebumi, keluarga Syazlin Zainal masih tak tahu punca sebenar kematian. Jenazah pelakon sambilan, Syazlin Zainal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 di Ampang, kira-kira jam 10 malam tadi.

Menurut laporan mStar Online, sepupu arwah, Nor Shida Mohd Jawal berkata, semua ahli keluarga masih terkejut dengan pemergian Allahyarham selain tertanya-tanya punca sebenar kematian tersebut.

“Apabila mendapat tahu pemergiannya, saya dan keluarga terperanjat malah sampai sekarang dalam keadaan tidak percaya. Kami juga tiada jawapan mengapa ia boleh berlaku.

Selamat dikebumi, keluarga Syazlin Zainal masih tak tahu punca sebenar kematian

“Macam mana benda itu terjadi… persoalan itu menjadi tanda tanya seluruh keluarga sebab kami tidak tahu punca sebenar dan menanti siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Bagaimanapun, Nor Shida berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar berhubung pemergian Allahyarham sekali gus bagi menghormati perasaan keluarga Syazlin.

Sementara itu, dia turut berkongsi mengenai personaliti arwah yang memiliki sikap ceria dan disenangi orang ramai.

“Arwah seorang yang tidak banyak cakap tetapi dia sentiasa ceria. Memang tak nampak macam dia ada masalah sebab dia selalu nampak gembira.

“Bila berkumpul memang seronok dan kali terakhir bertemu dengannya ketika sambutan hari raya yang lalu,” kongsinya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pelakon berusia 26 tahun itu terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar pada tengah hari Khamis.

Raub berkata, siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Terdahulu, pemergian anak bongsu daripada lima beradik itu dimaklumkan oleh rakannya iaitu Zeatyalia menerusi beberapa hantaran di InstaStory pada malam Khamis.

Untuk rekod, Syazlin yang juga anak perempuan tunggal dalam keluarga pernah membintangi beberapa drama antaranya Sitik Tok, Oh My Hantaran, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.

BACA:

“Ada yang berani?” -Banglo seram di Bukit Gasing dilelong RM4.4 Juta

Selalu kongsi ‘pickup line’, Najwa Latiff akhirnya jatuh di tangan Akwa

Nak pengsan mekanik ni tengok keadaan enjin Axia tak pernah servis sejak 2019

CATEGORIES