Nak pengsan mekanik ni tengok keadaan enjin Axia tak pernah servis sejak 2019. Setiap kenderaan perlu menjalankan pemeriksaan dan servis secara berkala bagi memastikan kenderaan tersebut dapat bergerak dengan baik dan tidak membahayakan keselamatan pengguna.
Bagaimanapun ada segelintir pemilik kenderaan tidak mengendahkan untuk servis kenderaan dan hanya memakainya hampir setiap hari.
Baru-baru ini beberapa tangkap layar video TikTok yang dikongsikan melalui Facebook Zaki Salimi telah mendapat perhatian netizen apabila ada mekanik terkejut setelah mendapati ada pemilik Perodua Axia tidak pernah servis kereta yang dibelinya sejak tiga tahun lalu.
Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, ada bengkel menerima sebuah Perodua Axia yang tiba-tiba breakdown semasa pemiliknya memandu kereta tersebut.
Apabila bengkel tersebut membuat pemeriksaan dengan bantuan teknikal dari HQ, alangkah terkejutnya mereka semua apabila melihat keadaan dalam enjin kereta bertukar menjadi gelap seperti rentung terbakar gara-gara pemiliknya tidak pernah menghantar Axia tersebut untuk servis.
Perkongsian Facebook itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang terkejut bagaimana pemilik kereta itu langsung tidak hantar servis kereta tersebut sejak dibelinya pada tahun 2019 lagi.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran Facebook itu telah mendapat lebih 1,300 kali perkongsian dan ratusan komen daripada warganet.
BACA:
Sharnaaz nak tampar ustazah dakwa salam artis rosak roh
Netizen dedah siapa sebenarnya Cleopatra, calon parlimen Batu
Netizen perli Fauziah Gous, “kena bijak jaga aib sendiri”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio