‘Miskin tapi kaya jiwa’, pemilik rumah setinggan ini dipuji pembersih walaupun hidup susah

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

‘Miskin tapi kaya jiwa’, pemilik rumah setinggan ini dipuji pembersih walaupun hidup susah. Sebuah pondok kecil yang cuma berdindingkan kayu dan dijadikan kediaman sebuah keluarga ini amat memikat hati. Terlihat biasa pada pandangan mata, namun kekemasan di setiap sudut rumah pondok ini membuatkan ramai terpukau.

Sikap mengutamakan kebersihan yang ditunjukkan keluarga ini benar-benar memberi inspirasi kerana inilah definisi kehidupan bahagia yang sebenar.

Rumah pondok yang diperkatakan ramai ini dimiliki seorang wanita bernama Mariyah Ghazali. Walaupun perkongsian gambar berkenaan kediamannya dimuatnaik dua tahun lalu, namun netizen menularkannya semula sebagai inspirasi kepada semua.

'Miskin tapi kaya jiwa', pemilik rumah setinggan ini dipuji pembersih walaupun hidup susah

“Dah siap. Walaupun kami tak mewah tapi bahagia. Semua barang eco, buat sendiri.

“Hidup ini jangan banding dengan orang lain. Cara bahagia masing-masing. Yang penting selesa dan tenang,” tulis Mariyah Ghazali.

Ramai yang mengakui ‘terpukau’ melihat keadaan rumah wanita berkenaan dan menganggap walaupun seseorang itu hidupnya susah, namun ia tidak bermakna mereka harus hidup dalam keadaan serba kotor.

Mereka juga percaya, jika seseorang itu terbiasa dididik dengan sikap selalu mengutamakan kebersihan, ianya akan terlahir dengan sendiri melalui sikap mereka.

“Nampak tak beza? Walaupun susah tetap bersih dan kemas. Susah bukan alasan kau nak cakap rumah kau tak lawa buruk sebab bersepah bagai. Semua tu atas diri kau sendri.

“Malas tu semua orang ada tapi malas tu tak boleh jadi habit. Kalau nampak je bersepah terus kemas. Ini bagi alasan anak buat sepah bagai pastu biar je sampai ada bekas makanan dan baju anak sampai tahi lalat. Sepah biasa dengan sepah benda yang nampak kotor ni beza tau…orang boleh nilai,” kata pengguna Facebook.

Bezakan orang rajin dengan orang malas…

BACA:

BCL hamil? Netizen petik nama Ariel..

Nad Zainal kini berhijab, beri alasan komitmen karier sebab tangguh niat baik

Kucing tertua di dunia meninggal dunia pada usia 31 tahun