Nad Zainal kini berhijab, beri alasan komitmen karier sebab tangguh niat baik

Oleh INFORAKYAT

Nad Zainal kini berhijab, beri alasan komitmen karier sebab tangguh niat baik. Tampil berhijab ketika menghadiri majlis pra tonton drama Cina Buta, aktres Nad Zainal, 32, enggan mengulas mengenai imej baharunya.

Nad berkata, dia mempunyai beberapa komitmen kerja yang memerlukannya tampil bertudung.

Justeru, katanya, Nad memohon agar mendoakan yang terbaik buatnya memandangkan masih dalam proses belajar.

“Saya tidak mahu cakap banyak atau bercerita mengenai penampilan baharu. Sebaliknya, doakan yang terbaik kerana saya

masih dalam proses belajar.

Nad Zainal kini berhijab, beri alasan komitmen karier sebab tangguh niat baik

“Lagipun, saya masih ada dua projek iaitu filem dan drama yang sudah ditandatangani kontrak.

“Saya masih membawakan watak tidak bertudung dan hanya akan berhijab di penghujung cerita dalam drama. Jadi, saya tidak boleh komen.

“Cuma, saya gembira dengan apa yang dipakai hari ini dan berharap dapat meneruskan imej ini pada masa hadapan,” katanya kepada BH Online.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin berkata, dia sudah menyimpan hasrat bertudung sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, tanggungjawab kerja menyebabkan hasratnya yang tertangguh.

“Saya sudah lama berhasrat bertudung, cuma tidak tahu bila. Saya perlukan masa, jadi saya harap tolong berikan ruang kerana saya masih ada kerja yang perlu dihabiskan tanpa imej bertudung,” katanya.

Sementara itu, Nad berkata, dia tidak bimbang perubahan imejnya akan memberikan kesan kepada kerjaya seni.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh NANAD (@nad.zainal)

Katanya, dia masih boleh membawakan apa sahaja watak, biarpun sudah berhijab.

Menjadikan pelakon berbakat, Noorkhiriah sebagai contoh, Nad berkata, dia melihat Noorkhiriah tetap berjaya membawakan watak antagonis meskipun berhijab.

“Mungkin ada sesetengah produser atau pengarah merasa susah memberikan watak jika pelakon berubah imej.

“Bagi saya, bukan satu masalah membawakan apa sahaja watak. Saya masih belajar, cuma tidak mahu menyusahkan pihak produksi, jadi kami akan berbincang.

“Bukanlah secara tiba-tiba, itu dan ini tidak boleh. Saya perlahan-lahan belajar,” katanya.

Terdahulu, Nad memuat naik beberapa foto dan video berhijab ketika menjalani penggambaran travelog bersama pelakon Ungku Ismail untuk saluran YouTube di Bali, Indonesia.

Ia menimbulkan persoalan di kalangan netizen adakah Nad berhijrah. Rata-rata netizen suka melihat penampilan baharu ibu kepada dua cahaya mata itu dan memberikan respon positif.

Nad dan Ungku Ismail bergandingan dengan Aliff Aziz, Puteri Aishah, Aman Aziz, Norren Iman, Anas Ridzuan, Azhan Rani, Didie Alias dan Shamsul Ghau Ghau dalam drama Cina Buta.

Cina Buta terbitan Radius One Sdn Bhd diarahkan oleh pengarah Shahrulezad Mohameddin.

Drama sebanyak 18 episod itu menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis bermula 9 November ini, jam 10 malam menerusi slot Mega Drama di Astro Ria.

Cina Buta mengisahkan pasangan suami isteri, Sharnaz dan Mia Sara yang sering bergaduh dan pernah bercerai sebanyak dua kali. Namun, mereka berbaik semula kerana masih cinta.

Bagaimanapun, Sharnaz menceraikan Mia Sara sekali lagi kerana marah, namun kali ini, mereka tidak dapat berdamai kerana perceraian kali ketiga.

BACA:

Lelaki terima ‘hadiah’ RM14.75 sahaja selepas berjaya jumpa RM23K milik wanita ini

Pemakaian keris bukan adat Melayu yang sebenar

Intan Najuwa buktikan kontroversi tak hancurkan kariernya