Intan Najuwa buktikan kontroversi tak hancurkan kariernya

Intan Najuwa buktikan kontroversi tak hancurkan kariernya

Intan Najuwa buktikan kontroversi tak hancurkan kariernya. AKTRES Intan Najuwa menghormati permintaan aktor Yusuf Bahrin yang meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita dalam drama lakonannya.

Kata Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 25, perkara itu tidak akan menghalang dia mencipta keserasian bersama Yusuf dalam drama Jesnita kerana ada beberapa kaedah lain boleh digunakan untuk menghidupkan watak diberikan.

“Saya hormati kerana itu hak masing-masing, kalau tak bagi pegang saya okay. Saya terus letakkan dalam kepala dan tahu nak buat macam mana.

“Sebelum ini pun saya dah berlakon dengan banyak hero lain, jadi tiada masalah untuk cipta keserasian dengan Yusof,” katanya.

Intan berkata demikian sebagai mengulas pendirian Yusuf yang tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita atas sebab menjaga batasan dan menghormati isterinya, Zizi Kirana.

Intan Najuwa buktikan kontroversi tak hancurkan kariernya

Kedua-dua pelakon itu bergandingan menerusi drama terbitan Zeel Production yang turut menampilkan barisan pelakon seperti Nasha Aziz, Fikry Ibrahim, Rozita Che Wan, Nina Smith, Malek McCrone dan Zach Zaffranz.

Sementara itu, mengulas mengenai namanya yang sering terpalit kontroversi, Intan berkata, dia lebih selesa mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang mampu mengeruhkan keadaan.

Saya tolak tepi perkara yang bawa tosik dalam hidup saya.
INTAN NAJWA
PELAKON

“Apabila ada kontroversi saya pilih berdiam diri, sebab kalau melenting saya takut akan mengeruhkan keadaan.

“Selalunya apabila semua dah reda baru saya mula bercakap mengenai perkara itu… saya tolak tepi perkara yang bawa toksik dalam hidup saya,” jelasnya.

Intan juga yakin tiada sebarang kontroversi akan melanda drama Jesnita kerana ia bukan cerita cinta sebaliknya mengangkat kisah kekeluargaan.

“Saya yakin tidak akan timbul kontroversi yang tidak sepatutnya memandangkan ini bukan cerita cinta tetapi tentang kekeluargaan.

“Sebelum ini saya selalu bawa watak komedi, romantik, wanita lemah dan ditindas. Tetapi kali ini saya bawa peranan seorang wanita yang kuat dan sanggup lakukan apa sahaja untuk hidup senang,” jelasnya.

Jesnita bakal ditayangkan bermula 7 November ini pada setiap hari Isnin hingga Jummaat pada pukul 6 petang secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105).

BACA:

Aksi lelaki lena tidur atas motosikal parking tengah jalan jadi tular

Eyka Farhana belanja gambar ‘berahi’ buat hidung netizen berdarah

Untung bank makin meningkat dengan kenaikan OPR

CATEGORIES