Zamsaham lepas geram, “ingat saya bayar gaji pemain RM1500 ke?”

Oleh INFORAKYAT

Zamsaham lepas geram, “ingat saya bayar gaji pemain RM1500 ke?”. Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman mengakui kecewa dengan segelintir penyokong Kelantan yang meminta harga tiket berkurang kepada RM10 tapi mahukan pemain berstatus bintang perkuat pasukan.

Beliau dengan tegas menyatakan bahawa TRW Kelantan tidak menerima sebarang tajaan daripada kerajaan negeri disebabkan itu harga tiket pastinya berbeza.

“Nak pemain bintang, nak stadium hebat, nak pusat latihan 5 bintang dan nak pastikan bonus pemain kalau menang, tapi nak harga tiket 10 tahun lepas.

“Saya sedih sebenarnya bila ada orang komen mahu harga tiket RM10. Apa anda ingat saya bayar gaji pemain RM1500 sebulan?

“Apa anda ingat pasukan TRW dapat tajaan daripada kerajaan negeri? Apa anda anda ingat saya dapat projek dapat tanah?,” kata Zamsaham dalam hantaran Facebook miliknya.

Zamsaham lepas geram, "ingat saya bayar gaji pemain RM1500 ke?"

Dalam pada itu, Zamsaham tidak lupa juga untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang tidak pernah berhenti menyumbang sesuatu kepada TRW Kelantan.

Tambahnya, selagi mana penyokong terus menyumbang kepada pasukan, selagi itu beliau sebagai pemilik tidak akan pernah kedekut untuk berbelanja kepada pasukan.

“Saya secara peribadi ucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang tak lokek berbelanja untuk pasukan. InsyaAllah anda tak lokek berbelanja, saya selaku pemilik takkan lokek untuk team TRW kita,” katanya lagi.

TRW Kelantan akan menentang juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim bagi perlawanan suku akhir dalam saingan Piala Malaysia 2022 yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

BACA:

Rozita Che Wan mengamuk, “Saya tak ada kaitan dengan jus beruk itu!”

Majlis BN jadi kecoh, tak puas hati Asyraf Wajdi jadi calon Gerik

Ini 5 tips nak elak anak ketagih gajet, nombor 3 paling senang nak buat