Majlis BN jadi kecoh, tak puas hati Asyraf Wajdi jadi calon Gerik

Majlis BN jadi kecoh tak puas hati Asyraf Wajdi jadi calon Gerik

Majlis BN jadi kecoh, tak puas hati Asyraf Wajdi jadi calon Gerik. Menjelang penamaan calon pada Sabtu ini, tular satu video berlakunya kekecohan melibatkan sebuah parti politik di Gerik.

Sumber terdekat memaklumkan kepada Sinar Harian, kejadian itu berlaku pada Selasa dipercayai akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parti berhubung pemilihan calon di kawasan berkenaan.

Semasa kejadian, kumpulan ahli parti terbabit berkumpul di sebuah bangunan untuk mengikuti pengumuman calon oleh pemimpin tertinggi parti yang dibuat di Kuala Lumpur.

Majlis BN jadi kecoh tak puas hati Asyraf Wajdi jadi calon Gerik

Video berdurasi 1 minit dan 32 saat yang tular itu menunjukkan berlaku pertikaman lidah, kemudiannya berlarutan hingga hampir berlaku pergaduhan.

Bagaimanapun insiden itu berjaya ditenangkan ahli parti lain yang berada di situ.

BACA:

Ini 5 tips nak elak anak ketagih gajet, nombor 3 paling senang nak buat

Terkejut dapat tahu jiran sebelah selalu kerja kutip tin rupanya seorang jutawan

Pelakon veteran puji anugerah Angkasa tahun ini, “ini baru betul!”

 

CATEGORIES