Rozita Che Wan mengamuk, “Saya tak ada kaitan dengan jus beruk itu!”

Oleh INFORAKYAT

Rozita Che Wan mengamuk, “Saya tak ada kaitan dengan jus beruk itu!”. “Minta perhatian. Saya tak pernah minum jus ‘beruk’ ini untuk kurus. Jus kalian tak laku, sampai terpaksa menipu dan guna gambar saya.”

Itu kata pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan di Instagram apabila wajah dan namanya digunakan untuk tujuan mempromosi produk kurus dan menipu pelanggan.

Rozita atau mesra disapa Che Ta ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak dan syarikat berkenaan.

v”Apa yang mereka lakukan ini sangat melampau. Saya tidak pernah ditemubual untuk bercakap mengenai produk kurus tetapi video itu diambil ketika saya bercerita mengenai produk saya sendiri tetapi disunting pihak lain bagi mempromosikan produk mereka.

“Saya akan memberi tempoh beberapa hari ini untuk pihak itu menurunkan gambar dan nama saya. Sekiranya gagal saya akan ambil tindakan tegas dengan membuat laporan polis. Kalau bagi muka mereka akan naik lemak untuk menipu lebih ramai pembeli,” katanya.

Rozita Che Wan mengamuk, "Saya tak ada kaitan dengan jus beruk itu!"

Menurut Che Ta, promosi yang dibuat produk terbabit dilihat berjaya mempengaruhi beberapa kenalannya termasuk peminat yang menghantar mesej peribadi di Instagram.

“Sebelum ini ada kenalan yang sudah membeli produk terbabit. Kemudian dia memaklumkan kepada saya sedangkan saya tidak pernah mewakili produk itu.

“Pihak mereka juga sudah menggunakan gambar dan nama saya hampir lima bulan sehingga ramai yang menghantar mesej untuk meminta kesahihan mengenai produk itu.

“Saya sangat kesal perkara ini masih berlaku. Tak sangka mereka cari makan dengan cara keji seperti ini,” katanya.

BACA:

Majlis BN jadi kecoh, tak puas hati Asyraf Wajdi jadi calon Gerik

Ini 5 tips nak elak anak ketagih gajet, nombor 3 paling senang nak buat

Terkejut dapat tahu jiran sebelah selalu kerja kutip tin rupanya seorang jutawan