Ibu bapa wajib ambil tahu 7 ilmu tidurkan anak ini, pasti berkesan. Tidur sangat penting untuk kanak-kanak kerana tidur yang cukup memastikan otak dan tubuh kanak-kanak dapat membesar dan berkembang dengan baik. Kajian juga telah menunjukkan bahawa tidur adalah penting untuk kecergasan serta pelbagai fungsi utama anak-anak.
Menurut Hana Shahadan, yang juga pengasas Mommy Hana, dia berkongsi 7 ilmu tidur anak yang ramai ibu bapa tidak tahu sebagai panduan memastikan anak dapat tidur yang selesa dan cukup.
#1 Gunakan lampu tidur.
Lampu tidur yang malap cahayanya mampu menaikkan hormon melatonin anak. Hormon ini mampu membantu anak rasa mengantuk dengan lebih cepat.
#2 Jaga waktu tidur anak.
Sebolehnya pastikan anak tidur pada waktu yang sama setiap malam. Sebaiknya, tidurlah sebelum pukul 10 malam.
Berdasarkan kajian, anak yang mempunyai masa tidur yang sama lebih berkemahiran dalam membaca serta pandai matematik.#3 Jauhkan gadget sebelum tidur.
Gadget mempunyai magnet yang sangat kuat terutamanya anak. Sekali anak dapat, sukar untuk dilepaskan, membuatkan mereka mengamuk dan menjadi liat untuk melelapkan mata.
#4 Hindari kafein.
Kafein ni bukan sekadar kopi. Iyea la, takkan la kita pun nak bagi kopi dekat anak kecil pula, kan?
Tapi jangan tak tahu, selain kopi, teh, coklat, aiskrim dan cereal juga mempunyai kafein. Jadi sebaiknya, cuba hindari makanan sebegini sebelum mahu tidurkan anak.
#5 Elakkan anak dari overtired
Aktiviti yang memenatkan ini memang sangat bagus untuk anak, tapi seeloknya jangan dibuat pada waktu malam, tetapi buatlah pada waktu petang.
Biasanya anak yang overtired akan susah untuk tidur.
#6 Sediakan tempat khas untuk anak tidur.
Jangan buat aktiviti lain di tempat tersebut kecuali untuk tidur. Lagi baik jika kita sudah didik anak untuk tidur di tempat yang sama sejak mereka masih kecil lagi.
Bila ada tempat khas untuk anak tidur, ianya mampu membuatkan anak cepat lelap kerana badan dan otak anak boleh berhubung dengan tempat itu sebagai tempat untuk tidur.
#7 Jadikan tidur siang sebagai rutin buat anak.
Tidur siang untuk anak ini tidak perlu terlalu lama. Cukuplah sekadar 15-30 minit setiap hari untuk topup kembali waktu tidur mereka yang terkurang.
Jangan pula terlebih tidur, takut-takut anak jadi susah tidur pada waktu malam. Lagipun kalau anak terlebih tidur waktu siang, badan mereka akan lebih cepat rasa penat dan malas.
Dan ya, waktu tidur siang ini berbeza mengikut usia anak. Semakin kecil anak, maka semakin baik untuk mereka dapatkan tidur siang dengan lebih lama.
#8 Ibu ayah pun tidur sekali.
Bila kita sudah minta anak tidur awal, kita pun kenalah tunjuk contoh tauladan yang baik dengan tidur juga. Boleh bayangkan, ibubapa minta anak tidur, tapi kita masih tengok tv atau main hp. Agak-agak anak mahu tidur?
Lagipun, sangat bagus kalau ibubapa dapat tidur awal. Jika ada perkara mahu dibuat, boleh dibuat dengan bangun pada awal pagi.
#9 Pasangkan audio.
Audio penenang ini sangat berguna lagi-lagi buat anak yang sukar untuk tidur. Antara audio yang boleh dipasang ialah bacaan Al-Quran, alunan zikir serta lullaby.
Sebaiknya pasangkan audio ini melalui peranti yang bebas radiasi seperti Islamic Audio Device.
Ianya selamat untuk minda dan perkembangan anak, selain mampu membuatkan anak mendapat deep sleep yang sangat bagus untuk kesihatan diri.
BACA JUGA :
Berdarah hidung tengok Nadia Brian pakai ‘rompers’ macam bayi, siap ada parti buih
Monyet liar campak bayi 4 bulan dari tingkat tiga sehingga maut
Kerajaan beri RM300 untuk bayi baru lahir
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio