PU Syed mohon maaf kepada Husam buat fitnah sebar video RPK. Gara-gara sebar video TikTok fitnah Raja Petra Kamarudin (RPK) terhadap Husam Musa PU Syed tampil memohon maaf dan bersedia disaman jika permohonan maafnya tidak diterima.
“Saya Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak, telah memuat naik video pendedahan Raja Petra yg berkaitan dengan Tn Hj Husam Musa sewaktu menjadi sebahagian dari Pimpinan Kelantan pada Era Pentadbiran Allahyarham Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,” tulis beliau di Facebooknya.
Beliau juga mengaku telah melakukan kesilapan dengan memuat naik video tersebut di dalam media sosialnya kerana beranggapan ianya menarik untuk rakyat Kelantan ketahui kisah tersebut tanpa memikirkan datang dari mana sumber itu.
“Setelah saya menyedari dan melihat sendiri maklum balas dari Tn Hj Husam Musa yang menafikan tuduhan tersebut maka saya telah bertindak dengan memadamnya dari akaun Facebook saya sekitar jam 10.30 pagi tadi (semalam) dan turut berharap sesiapa yang mengongsikan video tersebut agar dapat memadamnya.
“Saya mengaku saya berada pada posisi yang salah dengan menyebar sesuatu tanpa bukti yang kukuh dan semata-mata melihat video dari Raja Petra itu sahaja.
“Saya dengan ini memohon maaf kepada Tn Hj Husam Musa serta bersedia untuk menerima tindakan saman jika permohonan maaf ini tidak diterima,” tulisnya lagi.
Susulan itu beliau dapat belajar sesuatu iaitu, jangan terlalu teruja dengan sesuatu khabar sehingga merasakan semuanya adalah betul.
“Saya juga ingin menyatakan bahawa ianya adalah tindakan saya secara individu dan bukanlah mewakili mana-mana parti yang saya sokong dan sedia menerima apa sahaja tindakan perundangan dr pihak Tn Hj Husam Musa,” katanya lagi.
Sementara itu rata-rata penyokong Calon Pasir Mas Pakatan Harapan itu meminta Husam untuk mengambil tindakan undang-undang kepada PU Syed.
“Maaf boleh, saman tetap saman,” kata salah seorang penyokong,
Penjelasan peguam
Peguam Hisham Fauzi turut menegaskan bahawa Allah melarang perbuatan fitnah kerana kesannya yang sangat buruk ke atas mangsa fitnah.
Hisham Fauzi turut menceritakan bagaimana fitnah ini bermula ke atas Husam;
“Fitnah bermula di akhir tahun 2012 apabila menjelang PRU 2013; seorang blogger di blognya; pisau.net menulis mendakwa AlMarhum Tok Guru Nik Aziz memberikan tanah 10,000 ekar kepada cina DAP kerana membalas jasa DAP memberikan jawatan Menteri Besar Perak kepada Dato’ Seri Nizar.
“Tulisan ini tidak benar dan fitnah kerana tanah itu bukan diberikan kepada mereka akan tetapi mereka telah membeli hak pajakan tanah tersebut dari satu syarikat lain yg mendapat pajakan tanah itu.
“Syarikat yang mendapat pajakan asal itu sepatutnya mengusahakan tanah tersebut akan tetapi telah terbengkalai bertahun hingga pemimpin DAP berkenaan membelinya. Urusniaga adalah antara kedua syarikat itu dan diselesaikan dikalangan mereka.
“Saya semasa itu diarahkan oleh AlMarhum Tok Guru Nik Aziz untuk mewakili AlMarhum Tok Guru Nik Aziz menyaman pihak-pihak yg menulis dan menyiarkan tulisan itu,”katanya.
Kes telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu akhirnya selesai (Kes No. MT(2) 23-NCVC-3-03/2013) dimana penulis dan penyiar menarik balik artikel itu dan sejumlah gantirugi dibayar kepada AlMarhum Tok Guru Nik Aziz.
“Tapi yang sedihnya sehari dua ini saya masih mendengar orang bercakap hal ini; Cina DAP dapat tanah 10,000 ekar sebab orang tertentu beri sebagai balasan jawatan MB Perak yang diberikan kepada Dato’ Seri Nizar.
“Malah fitnah ini dihidupkan semula sehari dua ini dengan ulamak Pas sendiri pula yang menyebarnya.
“Lebih jauh lagi cuba dikaitkan pula nama Datuk Husam Musa sebagai orang yang mempengaruhi AlMarhum Tok Guru untuk memberi tanah itu. Dituduh juga Husam mengubah minit mesyuarat exco.
“Ini semua fitnah dan Tok Guru Nik Aziz sudah meninggal dunia. Tak tahulah mereka yg masih dok bawa cerita ni nak minta maaf macamana dgn AlMarhum Tok Guru Nik Aziz,” kata Hisham.
BACA:
Wanita terperangkap dalam kepala air enggan diselamatkan lelaki, “haram kalau pegang tangan”
Sudah mula protes besar-besaran, majoriti bilik gerakan UMNO mula ditutup
Peminat geram dengar Marlia komen persembahan ‘gila’ Tomok
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio