Netizen perasan sesuatu tengok Kak Lina rai bevday suami, “beza umur 10 tahun tu”

Oleh INFORAKYAT

Netizen perasan sesuatu tengok Kak Lina rai bevday suami, “beza umur 10 tahun tu”. Meskipun sibuk dengan jadual padat, artis serba boleh Elly Mazlein tidak lupa meraikan ulang tahun kelahiran suaminya Mohammad Azlan yang ke-32 baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, penyanyi berusia 42 tahun itu memuat naik sekeping foto suaminya bersama sebiji kek selain dekorasi belon bertemakan biru di sekelilingnya.

Berdasarkan kapsyen, Elly atau mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom mengucapkan terima kasih kepada Azlan yang juga seorang guru kerana menjadi suami serta bapa yang baik kepada dua anak mereka.

“Happy birthday suami mama yang ke-32. Thank you jadi suami & papa yang baik. Mama, Manja & Haider love you so much,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat pengacara program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) itu memberikan pelbagai ucapan selain doa buat suaminya.

Netizen perasan sesuatu tengok Kak Lina rai bevday suami, "beza umur 10 tahun tu"


Selamat hari jadi cikgu!

Untuk rekod, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi dan Azlan berkahwin pada pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan cahaya mata lelaki Haider Mateen yang kini berusia setahun.

Elly juga pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada November 2014, namun hubungan mereka berakhir dengan perceraian pada Oktober 2015.

BACA:

Umie Aida geram video selawatnya bersama ustazah dikecam

Kata selangkah lagi untuk lulus RUU355, peguam ini ‘kantoikan’ PAS

JAIS buru lelaki sejenis buat aksi 18SX dalam surau