JAIS buru lelaki sejenis buat aksi 18SX dalam surau

JAIS buru lelaki sejenis buat aksi 18SX dalam surau

JAIS buru lelaki sejenis buat aksi 18SX dalam surau. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang melakukan siasatan lanjut berhubung penularan klip video yang memaparkan tindakan melampau dua lelaki berkelakuan sumbang di dalam sebuah surau dipercayai di Pekan Banting, Kuala Langat.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, beliau masih menunggu laporan penuh pegawainya di daerah tersebut.

“Kita akan siasat lanjut. Saya tunggu laporan pegawai saya di daerah (berkenaan),” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! menerusi aplikasi WhatApps malam ini.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan aksi melampau dua lelaki yang berjaya dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum tular di Twitter rasmi Info Kuala Langat.

Video berdurasi satu minit 50 saat itu memaparkan salah seorang daripada mereka mula meraba-raba rakan lelaki di sebelahnya.

JAIS buru lelaki sejenis buat aksi 18SX dalam surau

Lelaki itu juga kemudian dilihat seolah-olah seperti mahu membuka seluarnya selepas dirakam mencium ‘pasangannya’ itu.

BACA:

Mahu hidup cashless, lelaki nekad tanam cip kad bank di tangan

Tular video 2 lelaki bercium dalam surau

Ini jawapan Dr Amalina bila disoal pantang ikut kaedah tradisional

CATEGORIES