Ibu cantik ni nekad jual nasi lemak, tinggal kerjaya hebat sebab tak nak anak jauh

Oleh INFORAKYAT

Ibu cantik ni nekad jual nasi lemak, tinggal kerjaya hebat sebab tak nak anak jauh. Bagi menyediakan yang terbaik untuk anak-anak, seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja. Kadang-kadang demi menyediakan keperluan yang lengkap untuk anak tersayang, kita mungkin tidak ada masa yang cukup bersama mereka.

Ibu bekerjaya khususnya akan menghantar anak-anak sama ada ke rumah pengasuh mahupun taska sementara kita keluar ke pejabat. Kita biasanya tersepit antara impian untuk mengejar cita-cita dan tanggung jawab untuk menguruskan keluarga.

Begitulah kisah Puteri Azie yang sanggup melepaskan jawatan sebagai Pengurus Eksekutif Kewangan demi kasih sayangnya terhadap anak-anak. Untuk membesarkan anak-anaknya sendiri, dia berhenti kerja dan menjual nasi lemak dan nasi kerabu di tepi jalan.

Ceritanya kepada mStar, wanita ini yang berusia 44 tahun berkata dia tidak berfikir dua kali untuk meletakkan jawatan ketika itu kerana salah seorang anaknya tidak sihat. Pada waktu itu anak keduanya demam dan dirinya juga sedang hamil bayi ketiga.

Anaknya juga tidak mahu dengan dirinya kecuali dengan pembantu rumah. Ketika itulah terdetik di dalam hati wanita ini sekiranya keadaan begitu berterusan mungkin anaknya akan hantar dia ke rumah orang tua bila dah besar nanti.

Ibu cantik ni nekad jual nasi lemak, tinggal kerjaya hebat sebab tak nak anak jauh

Oleh itu, Puteri Azie nekad untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan di sekitar kawasan rumahnya sahaja. Pada usia 26 tahun dia mula berniaga dan untuk mempromosikan perniagaannya, Puteri Azie membuat flyers untuk diedarkan dari pintu ke pintu.

 

@milik_abadi doakan sy murah rezeki🤲#fypdongggggggg ♬ bunyi asal – Sabarituindah79

BACA:

Shila Amzah dan Amir Masdi sedang dilamun cinta?

Wanita ni dedah sebab sebenar orang kaya nak jual rumah besar mereka

Dah dapat perantisiswa, pelajar ni jual semula nak upgrade ke Ipad dikecam