Dah dapat perantisiswa, pelajar ni jual semula nak upgrade ke Ipad dikecam

Dah dapat perantisiswa, pelajar ni jual semula nak upgrade ke Ipad dikecam

Dah dapat perantisiswa, pelajar ni jual semula nak upgrade ke Ipad dikecam. PerantiSiswa sedang diberikan secara berperingkat kepada pelajar yang layak secara percuma . Namun, seorang pelajar telah dikecam teruk susulan tergamak menjual semula gajet Samsung Tab A8 yang diperolehi menerusi PerantiSiswa hanya kerana mahu ditukar kepada iPad.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook telah mendapati pelajar tersebut menjual gajet itu menerusi laman jualan dalam talian. Pelajar ini mendakwa tidak menggunakan tablet yang diterima dan mahu dijual dengan alasan mahu tukar kepada iPad untuk kegunaan belajar.

Oleh hal demikian, tindakan pelajar tersebut mendapat kecaman teruk orang ramai memandangkan Samsung Tab A8 itu diperolehi secara percuma daripada Program PerantiSiswa. Tablet yang ditawarkan ini sepatutnya digunakan untuk pembelajaran dan tidak dibenarkan sama sekali untuk dijual semula.

Ekoran itu, rata-rata netizen meluahkan rasa ketidak puasan hati atas tindakan penjualan semula tablet yang diberikan secara percuma itu. Mereka menyifatkan tindakan ini tidak bertanggungjawab dan tidak mensyukuri inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan buat para pelajar di luar sana. Berikut antara luahan yang diberikan oleh netizen.

Dah dapat perantisiswa, pelajar ni jual semula nak upgrade ke Ipad dikecam

Setakat semakan yang dibuat, senarai penjualan tablet PerantiSiswa tersebut tidak wujud lagi di laman jualan dalam talian itu. Bagaimanapun, anda diingatkan untuk tidak berbuat sedemikian kerana dikira mengambil hak orang yang lebih memerlukan dan tidak berintegriti.

Untuk makluman, kira-kira 400,000 mahasiswa dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) yang layak dalam insentif Peranti Siswa akan menerima peranti berjenama Samsung Galaxy Tab A8 LTE. Tablet ini sebenarnya sudah memadai untuk kegunaan pembelajaran yang lancar.

BACA:

Sweet Qismina kini sah isteri kepada Adam Lee

Nabil, Jihan dan Kak Lina akan bergabung

Tauke burger sekolahkan balik netizen lepas dikutuk guna nama sendiri buat ‘brand’

CATEGORIES