Topi elak pelajar tiru exam jadi tular. Pelajar dari Kolej Kejuruteraan Universiti Bicol di Filipina tular di media sosial selepas mereka memakai topeng, topi dan topi keledar ‘anti-penipuan’ yang dipakai ketika menduduki peperiksaan pertengahan penggal awal minggu ini.
Perkara itu dilakukan atas arahan profesor mereka, Profesor Mary Joy Mandane-Ortiz yang meminta mereka menyediakan penutup kepala untuk peperiksaan pertengahan penggal.
Menariknya, beberapa reka bentuk topi itu menampilkan bahan kitar semula seperti karton telur dan beg kertas.
Yang lain menggunakan penyangkut baju, topi keledar motosikal dan tuala serta lebih kreatif melukis pada penutup kepala mereka.
“Saya sangat suka dan bangga dengan pelajar saya kerana peperiksaan pertengahan penggal kejuruteraan mereka boleh memberi tekanan namun mereka berjaya menambah warna dan keseronokan.
“Terima kasih banyak-banyak, pelajar. Awak buat saya bangga,” katanya.
Profesor itu mengambil ilham dari universiti Thailand yang memerlukan pelajar memakai peralatan seperti kelip-kelip kuda buatan kertas untuk mengelakkan mata daripada berkeliaran pada tahun 2013.
Berikutan itu, Universiti Kasetsart mendapat kritikan daripada netizen Thailand dan langkah antipenipuan itu segera dimansuhkan.
BACA:
BNM naikkan OPR lagi bulan hadapan
Berdarah hidung tengok Nadia Brian pakai ‘rompers’ macam bayi, siap ada parti buih
Murid jatuh cinta dengan cikgu disiplin 20 tahun lebih tua, akhirnya ke jinjang pelamin