“Sarapan terakhir saya” – Tuan Ibrahim

Oleh INFORAKYAT

“Sarapan terakhir saya” – Tuan Ibrahim. Spekulasi pembubaran Parlimen terus bertebaran di saat tumpuan terarah kepada pembentangan Dewan Rakyat pada petang ini. Antaranya, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi bayangan berkaitan pembubaran Parlimen.

Menerusi ciapannya di Twitter, Timbalan Presiden Pas itu berkata, beliau menerima jemputan untuk bersarapan dengan Unit Komunikasi Korporat (UKK) kementerian.

“Sarapan terakhir bersama agaknya,” tulisnya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turun mengucapkan terima kasih kepada UKK yang memastikan kelancaran program dan menjadi perantara antara media.

Tuan Ibrahim antara menteri yang hadir dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Sarapan terakhir saya" - Tuan Ibrahim

Pembubaran Parlimen terus diperkatakan sejak awal minggu ini dan ia diperkuat selepas Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Agong perkenan membatalkan enam proklamasi dan ordinan darurat yang diisytiharkan kerajaan bagi menangguhkan pilihan raya sepanjang tempoh usaha menangani penularan pandemik Covid-19 di negara ini

Ia membabitkan Proklamasi dan Ordinan Darurat di Parlimen P054 Gerik, Perak, yang dibuat pada 12 Disember 2020.

Turut dibatalkan ialah proklamasi dan ordinan darurat terhadap Parlimen P185 Batu Sapi, Sabah yang dibuat pada 18 November 2020.

Pembatalan itu membolehkan Perdana Menteri membuat permohonan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) pada bila-bila masa.

BACA:

Rakaman Gajah naik atas bukit tular, orang ramai kata petanda banjir besar

Makin panas! Ini pesanan padu TMJ pada Sanusi

Rumah Banglo RM7 Juta milik lelaki ini ambil masa 7 tahun siap, penuh dengan doodle