Rakaman Gajah naik atas bukit tular, orang ramai kata petanda banjir besar

Rakaman Gajah naik atas bukit tular, orang ramai kata petanda banjir besar

Rakaman Gajah naik atas bukit tular, orang ramai kata petanda banjir besar. Masyarakat Orang Asli di sini mempercayai kejadian gajah mendaki bukit di kawasan Simpang Kuala Betis-Lojing di sini beberapa hari lalu memberi petanda awal bencana alam akan berlaku.

Seorang penduduk Orang Asli, Pelinejon Assut, 38, mengikut kepercayaan masyarakat Orang Asli zaman dahulu, mereka menjadikan haiwan sebagai rujukan dalam menjalani kehidupan seharian.

“Selain habitat diganggu atau keluar mencari makanan, kami tidak menolak kemungkinan kumpulan gajah itu seolah-olah mahu memberi petunjuk bahawa akan berlaku musibah atau bencana alam selepas ini.

“Oleh itu, masyarakat Orang Asli menjadikan kejadian itu sebagai petanda untuk kami membuat persiapan untuk berdepan musim tengkujuh tidak lama lagi, ” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 18 saat yang memaparkan sekumpulan gajah yang mendaki dan berada di atas bukit di Simpang Kuala Betis ke Lojing, Gua Musang.

Rakaman Gajah naik atas bukit tular, orang ramai kata petanda banjir besar

Kebanyakan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu berhenti dan merakamkan video apabila melihat gajah-gajah tersebut berada jelas di hadapan mata mereka di kawasan bukit itu.

BACA:

Rumah Banglo RM7 Juta milik lelaki ini ambil masa 7 tahun siap, penuh dengan doodle

Tya Arifin kena kecam buat ‘aksi panas’ atas katil, “siap baring tu..”

Baru tingkatan 4 dah jadi ibu, wanita cerita pengalaman jaga anak usia muda

CATEGORIES