Padah ikut arahan GPS, lelaki maut di tempat kejadian. Sistem navigasi satelit (GPS) sepatutnya memudahkan pengguna tiba ke destinasi dalam keadaan selamat.
Namun, berbeza pula dengan nasib yang menimpa Phil Paxson, 47, yang maut selepas sistem GPS itu mengarahkannya ke jambatan yang hanyut di Carolina Utara.
Ketika kejadian, bapa dua anak itu sedang memandu pulang dari sambutan ulang tahun kesembilan anak perempuannya, kira-kira pukul 11 malam, 30 September lalu.
“Hujan turun dengan lebat dan GPS Paxson menunjuk arah ke jambatan yang sudah tidak wujud.
“Ketika itulah, jip yang dipandunya terjunam ke dalam air,” kata ibu mentuanya menerusi catatan Facebook.
Kenderaan jip itu ditemukan terbalik dan sebahagiannya tenggelam seperti disiarkan dalam berita oleh Peronda Lebuhraya Negeri Carolina Utara.
Jambatan yang terletak di 24th Street Place NE di Hickory dihanyutkan pada Julai 2013 akibat banjir.
Sepatutnya, penghadang dipasang bagi menghalang pemandu menyeberangi jambatan.
Namun, kebetulan pada waktu itu penghadang dialihkan selepas dirosakkan.
BACA:
Sultan Selangor dukacita dengan komen netizen
Rumah Banglo RM7 Juta milik lelaki ini ambil masa 7 tahun siap, penuh dengan doodle
Tya Arifin kena kecam buat ‘aksi panas’ atas katil, “siap baring tu..”