Pemuda B40 teringin nak tidur hotel 5 bintang view KLCC, nekad tempah setahun awal tanpa bayar. TIDUR di katil beralaskan tilam yang empuk di bilik hotel mewah pastinya sangat selesa dan mendamaikan.
Bayangkan pula tidur dengan pemandangan Menara Berkembar PETRONAS (KLCC), pastinya memukau!
Mungkin ia dianggap biasa bagi sebahagian masyarakat, tetapi tidak buat mereka dalam kalangan berpendapatan rendah atau B40.
Namun, siapa sangka ada antara mereka memasang impian untuk merasai pengalaman mewah itu.
Seperti seorang pemuda yang bernama Wan Raziman ini, dia berkongsi tangkap layar tempahan bilik di sebuah hotel di Kuala Lumpur, berharga lebih RM657.20 semalam termasuk bayaran fi.
“Saya sebagai B40 nak merasa hidup sebagai T20, nak tidur menghadap KLCC,” tulisnya di Facebook
Menerusi ruangan komen, bilik yang ditempah Raziman merupakan hotel mewah bertaraf lima bintang dengan jarak hanya berjalan kaki ke KLCC.
Posting seorang pemuda yang dikongsi di Facebook B40 Buat Perangai Hari Ini.
Menariknya, bilik hotel yang ditempah dengan sarapan itu hanya dapat dinikmatinya kira-kira setahun lagi.
Ini kerana Raziman menempah penginapan satu malam dengan tarikh daftar masuk pada 30 Ogos 2023 dan mendaftar keluar pada 31 Ogos 2023.
Moga terus motivasi untuk keluar daripada lingkungan B40… usaha tangga kejayaan.
NETIZEN
Kemungkinan juga bilik hotel yang ditempahnya itu sempena ambang sambutan Hari Kebangsaan.
“Booking awal tak kalut, sempat lagi simpan RM100 sebulan. Sekali seumur hidup,” katanya yang menjelaskan bahawa tempahan yang dibuatnya adalah kategori ‘pembatalan percuma’ dan caj hanya dikenakan semasa mendaftar masuk.
Tangkap layar tempahan bilik hotel yang dibuat Raziman.
Menerusi ruangan komen di Facebook B40 Buat Perangai Hari Ini, rata-rata netizen kagum dengan semangatnya untuk mahu merasai pengalaman bermalam di bilik hotel yang menghadap KLCC.
“Kenapa tidak? Sekali-sekala memanjakan diri sendiri.
“Okay je. Tak salah pun nak reward diri sendiri.
“Terbaik. Saya doakan berjaya realisasikan impian duduk hotel tu.
“Bagus reward diri sendiri. Moga terus motivasi untuk keluar daripada lingkungan B40. Usaha tangga kejayaan,” antara komen netizen.
Antara komen netizen.
Malah, ada yang menganggap tindakannya itu membolehkan seseorang itu merancang perbelanjaan dan menyimpang wang untuk menikmati penginapan di hotel.
“Tak terfikir pun idea ni kan. Betul juga, booking awal. Boleh simpan sikit-sikit. Terima kasih atas idea.
“Kita bukan kaya betul nak bayar ‘seketul’ buat harga hotel premium. Sekali habuan rasa okay la,” kata seorang netizen.
BACA:
Netizen kecam stesen TV siar remaja kena sunat secara live
Peminat dakwa Fazura tiru gaya Neelofa
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio