Kehadiran Emran dan Nabila, Erra ke majlis kahwin DDNK jadi tumpuan. Majlis perkahwinan Pakar Pelaburan Saham yang juga penganalisis ekonomi, Datuk Dr Nazri Khan malam tadi mencuri perhatian tetamu dengan ramai selebriti popular.
Paling menarik tumpuan ekoran kehadiran primadona filem, Erra Fazira, bekas suaminya, Engku Emran dan isterinya, Noor Nabila.
Malah mereka turut naik ke pentas utama untuk merenjis pasangan mempelai di atas pelamin.
Namun Erra hanya naik bersama anak hasil perkahwinannya dengan Engku Emran iaitu Engku Aleesya manakala bekas suaminya itu bersama Noor Nabila.
Sebelum ini, Noor Nabila meleraikan khabar angin dan dakwaan mengenai rumah tangganya goyah apabila berkongsi foto bersama, Engku Emran dalam satu InstaStory.
Perkongsian foto tersebut juga menjawab pelbagai dakwaan dan tohmahan yang mengatakan hubungan suami isteri itu sudah terlerai.
Bukan hanya di Malaysia, khabar angin mengenai dakwaan perceraian mereka turut tular dan heboh sehingga mendapat perhatian media Indonesia.
Untuk rekod, sebelum menikahi Nabila pada 19 Mac tahun lalu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan dua selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Selebriti lain yang turut hadir pada majlis gilang-gemilang tersebut adalah Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin, Emma Maembong, Aiman Hakim dan Zahiran MacWilson.
Turut membuat persembahan menghiburkan tetamu adalah diva popular, Ziana Zain.
Kehadiran selebriti itu di Mandarin Oriental antara kira-kira 600 tetamu jemputan yang menghadiri majlis yang berlangsung dalam suasana meriah dan mewah.
Sementara itu, pasangan raja sehari itu, Nazri atau popular dengan panggilan DDNK dan pasangannya, Datin Tuan Nor Ernie Rossmerie Tuan Zahari selamat diijab kabul dalam majlis pernikahan yang berlangsung kelmarin.
Nazri sebelum ini sering menjadi pilihan stesen televisyen dan media seperti TV3, Astro Awani, Bloomberg, CNBC, The Edge dan juga Berita Harian, untuk memberi ulasan dan pandangan berkenaan pasaran saham dan juga isu-isu berkaitan ekonomi.
Penglibatannya dalam dunia pasaran saham di Malaysia telah banyak menukarkan sudut pandangan orang ramai terhadap saham.
Malah Nazri juga popular dengan slogan ‘Tak hensem takpa janji kaya’ menerusi iklan di radio dalam kalangan rakyat Malaysia.
BACA:
“Dah sampai ke belum?”, budak naik bas sorang diri asyik tanya driver tarik perhatian
Gaya pemuda ni macam nak dera kucing, tak sangka dia buat benda ni
Ratu Elizabeth II: Keturunan Nabi SAW atau Firaun?
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio