Jangan campur duit kertas dan syiling dalam satu tabung, lihat kesannya

Oleh INFORAKYAT

Jangan campur duit kertas dan syiling dalam satu tabung, lihat kesannya. Menabung sememangya satu tabiat yang baik untuk diamalkan oleh semua orang tanpa mengira umur. Namun begitu mohon pastikan tempat atau bekas tabungan anda itu dalam keadaan yang baik dan juga sesuai.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Lily Noorly Mohd Noor berkongsikan kisah sedih mengenai sahabatnya yang menyimpan duit tabungan yang bercampur antara duit kertas dan juga duit syiling. Jom baca perkongsiannya di bawah ini:

Sekadar perkongsian bersama, ia terjadi pada sahabat baik sendiri. Niat menabung akhirnya lebur macam tu ja. Semua duit-duit dia mereput, relai, hancur, bila cuba nak buka dari lipatan.

Kalau ada sesiapa yg simpan duit dalam tabung tin bercampur duit syiling rasanya elok dielakkan. Nak kata apa lagi dah kan. Hampir RM1k lebur macam tu je, bawa pergi bank tak tahulah terima atau tidak, be strong sahabat..

Edit: Alhamdulillah, terima kasih yang share dan beritahu boleh tukar dan bank terima. Dia akan bawa ke bank dan mudah-mudahan akan dipermudahkan dan dapat balik ganti. Dia kata kalau tahu jadi macam ni memang tak akan simpan macam tu..

Jangan campur duit kertas dan syiling dalam satu tabung, lihat kesannya

Sebagai pengetahuan bersama, duit yang reput,rosak atau koyak jangan terus dibuang kerana ianya kemungkian besaar masih boleh diselamatkan dengan ditukar di Bank. Duit yang reput tetapi masih ada lebih separuh saiz asal boleh ditukar dengan nilai penuhnya.

BACA:

Kerajaan umum harga minyak masak akan turun pada tarikh ini

Sanusi dedah penyokong Pas alergi bendera PN, lebih suka bulan

Lelaki buka baju sendiri beri kepada pemuda cina untuk duduki ujian dipuji