Padah percaya BFF sendiri, habis pin ATM dia tahu, tau-tau lesap semua!. Walau bagaimanapun, sudah ramai berkongsi kisah kawan tikam dari belakang gara-gara terlalu percayakan seseorang itu.
Tidak terkecuali dengan sebuah video yang tular ini apabila seorang wanita berkongsi kisahnya yang pernah dikenakan oleh kawan baik sendiri telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
@ainantasneem92Pengajaran dia jangan terlalu percaya pada sesiapa pun okay!
Terlalu percayakan kawan sampai pernah bagi nombor pin ATM, sekali tak sedar duit lesap dalam diam
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ainantasneem92, kelihatan penyanyi itu yang pernah popular dengan lagu ‘Aku Suka Dia’ satu ketika dulu menceritakan kisah dengan kawan baiknya sendiri.
Menurut Ainan, dia pernah meminta kawan baiknya semasa zaman belajar itu mengeluarkan duit untuk membeli buku. Tanpa memikirkan apa-apa, Ainan berkongsi nombor pin ATM dan terlupa untuk menukar semula pinnya selepas itu kerana tidak mengesyaki apa-apa.
Namun, sewaktu dia mendapat banyak tawaran persembahan, dia perasan duit dalam akaun banknya tidak bergerak. Sehinggalah pada satu hari terkantoi yang rupa-rupanya kawannya itu telah mencuri duitnya secara diam-diam.
Lihat video sambungan itu di bawah:
@ainantasneem92 Reply to @pwincesspain ♬ original sound – AINAN TASNEEM 🕊
@ainantasneem92 Reply to @nuraezzatie ♬ original sound – AINAN TASNEEM 🕊
“I pun putus kawan jugak. Coursemate a.k.a roommate. Tikam belakang pasal duit jugak. Bye-bye, kawan lebih 10 tahun” – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 152K views, 10K likes dan 266 shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya. Malah, ramai yang pernah mengalami masalah sama.
Geram pula dengar cerita dia. Inilah masalah bila terlalu percayakan orang :’)
BACA:
Suami hilang ketika isteri sedang nazak buat doktor resah, sekali jumpa di surau..
Ini senarai tarikh keputusan kes libatkan orang berpengaruh, penjara atau bebas?