Doktor ini larang kanak-kanak makan kicap, “bahaya untuk mereka”. Tanpa kita sedar, kicap adalah makanan yang mempunyai gula, garam dan monosodium glutamate (MSG) yang tinggi sekali gus tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak.
Perkara itu didedahkan doktor perubatan, Dr. Mazliana Mazlan yang menjelaskan kicap tidak disyorkan kepada kanak-kanak bawah umur dua tahun.
“Soya yang diperam sebenarnya bagus, ada kandungan probiotik. Tetapi, apabila sudah diletakkan gula dan garam yang banyak, MSG, ia tidak baik untuk anak-anak kecil.
“Anak-anak sekali sahaja rasa kicap sudah suka walaupun makan dengan nasi putih, nikmat dia sampai anak-anak makan sampai licin,” tulisnya di Instragram.
Oleh itu, Mazliana menasihatkan ibu bapa memandang serius terutama berkaitan pemakanan anak-anak masing-masing.
“Perkara ini tidak boleh dipandang remeh (kicap), boleh kata setiap hari mereka nak makan kicap, nak ubah kepada (makanan) lebih baik itu susah, tapi tetap kena cuba,” ujarnya.
BACA:
Wow! Fakta menarik kapal mewah Adastra bernilai RM200 juta ini mengejutkan
Zahid Hamidi disaman Tun Mahathir, kata pemimpin itu ‘kutty’