Gadis beragama hindu tapi terima ijazah sarjana pendidikan islam

Oleh INFORAKYAT

Gadis beragama hindu tapi terima ijazah sarjana pendidikan islam. Seorang penduduk beragama Hindu dari Lombok Tengah di Indonesia mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memperoleh ijazah sarjana dalam bidang Pendidikan Islam.

Memetik laporan Kompas, Ni Ketut Mayoni, 53, yang merupakan pengetua di Sekolah Dasar Negeri Batunyala, Lombok Tengah menamatkan pengajiannya di Universiti Islam Negeri (UIN) di Mataram.

Ni Ketut meraih kelulusan tertinggi Cum Laude dengan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.80 dalam Program Pengajian Pengurusan Pendidikan Islam.

Menurut Ni Ketut, dia dikelilingi dengan rakan dan masyarakat beragama Islam yang membuatkannya sentiasa berasa selesa dan mula meminati adat mereka termasuk ingin mendalami ilmu Pendidikan Islam.

Gadis beragama hindu tapi terima ijazah sarjana pendidikan islam

“Ketika melanjutkan pengajian, saya diterima baik oleh rakan-rakan dan pensyarah. Saya tidak rasa terasing di sana, walaupun berbeza agama, toleransi amat tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ni Ketut mengakui dia memilih program pengajian pengurusan Pendidikan Islam kerana ia amat bersesuaian dengan kerjayanya.

Katanya, pekerjaan yang dilakukan ketika ini memerlukan ilmu pengurusan pendidikan.

“Saya memilih jurusan ini kerana bersesuaian dengan kerjaya sebagai pengetua yang memerlukan kita mendalami ilmu pengurusan termasuk bagaimana menguruskan sekolah dengan lebih efisien,” katanya.

BACA JUGA :

Hukum sebenar suami ‘menetek’ susu isteri, Ustaz Azhar jelaskan..

Penyanyi sepohon kayu kumpulan Saujana buat ‘comeback’, rindu nak nyanyi..

“Keadaan menakutkan..”, Azwan Ali akhirnya disihir akibat mulut celupar