Teruk kena hentam aniaya ejen sendiri, Neelofa dedah cerita sebenar

Oleh INFORAKYAT

Teruk kena hentam aniaya ejen sendiri, Neelofa dedah cerita sebenar. Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial mengenai pelakon dan usahawan tersohor, Noor Neelofa yang dikatakan ‘tikam belakang’ para stokis dan ejen inai Nunha keluarannya.

Terbaharu, tular sebuah video penjelasan daripada selebriti berusia 33 tahun itu bagi menjawab pertanyaan ramai mengenai sistem reseller yang dilakukan oleh perniagan

Menerusi video yang dikongsikan, Neelofa mendedahkan pada mulanya dia hanya mahu melakukan perniagaan inai secara besar-besaran bersama Shopee dan jualan secara langsung menerusi Go Shop dan sebagainya.

Jelas Neelofa, dia tidak mahu menjual Innai Nunha dengan menggunakan sistem reseller seperti yang dilakukannya sekarang.

Namun, disebabkan ramai bertanya dan memberitahu mahu menjual inai bersama, aktres itu terus memaklumkan kepada suaminya, Haris Ismail. Usahawan kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang berkata, keputusan yang dibuatnya kini hanya mahu memberi peluang kepada orang ramai untuk mencari rezeki bersama.

Teruk kena hentam aniaya ejen sendiri, Neelofa dedah cerita sebenar

“Inai ini, pada asalnya saya nak buat tanpa sistem reseller. Saya nak buat directly dengan Shopee secara besar-besaran dan nak gunakan direct selling Go-shop dan sebagainya.
“Tapi, memandangkan ramai beritahu nak jual inai, saya terpaksa beritahu suami dan mengatakan mereka harus memberi peluang kepada orang ramai untuk mencari rezeki bersama,”jelas Neelofa.

Bagaimanapun, terdapat segelintir daripada mereka mengambil peluang yang diberikan oleh Neelofa dan suami dengan membuat ‘tahi’ di mana mereka menghentam dan menyebarkan vibes negatif kepada ramai.

“Apabila dah bagi peluang, ramai pula yang ambil kesempatan ini untuk menghentam dan menyebarkan benda yang negatif mengenai perniagaan saya.”ujarnya.

Patut jadikan Khairulaming sebagai contoh

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dan ramai mengatakan sistem reseller yang dibuat oleh Neelofa perlu dipertingkatkan dan perlu menjadikan Khairulaming sebagai contoh terdapat sekiranya mahu mendapatkan kepercayaan pelanggan dan reseller.

Susah nak percaya sebab serik! Selalu putar belit macam kes Chatime kat Langkawi

@nunhaselangoru8 Replying to @hawasumayyah0 ♬ original sound – stokist nunha selangor

Malah, ada yang mengatakan mereka tidak percaya dengan penjelasan yang diberikan oleh pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor memandangkan usahawan itu pernah ‘putar belit’ situasi melangkaui ke Langkawi atas urusan cawangan baharu Chatime tempoh hari.

Penerangan tak menjelaskan apa2

Selain itu, ada yang mengatakan penerangan itu tidak menjawab masalah yang berlaku.

Boleh stick pada salah satu je kot?

Kes susu salah siapa pulak?

Difahamkan video penjelasan itu dikongsi semula memandangkan isu reseller dan Shopee sedang hangat menjadi bualan ramai.

BACA:

Kecam kunafa Chef Ammar lembik dan rapuh, “ada yang marah-marah dalam live nanti” – Netizen

Pesilat Kristian beri sebab kenapa pakai tudung

Gerak Khas: ‘Ingat uncle ni pelakon, rupanya polis betul, pangkat besar pulak tu’