Kerajaan sedia bantuan tingkatkan ‘skill” dalam kerja, mohon sekarang

Oleh INFORAKYAT

Kerajaan sedia bantuan tingkatkan ‘skill” dalam kerja, mohon sekarang. Kerajaan melalui kementerian kewangan hari ini membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menambah skill masing-masing. Peluang ini dibuka untuk menaik taraf kemahiran rakyat Malaysia. Berikut merupakan butiran lanjut :-

Apakah itu Reskilling & Upskilling?

  • Upskill Malaysia adalah platform ‘single window’ nasional yang menyediakan maklumat menyeluruh mengenai semua program latihan dan pembangunan kemahiran yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan agensinya.
  • Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, platform dalam talian bersepadu ini diaktifkan untuk mewujudkan ekosistem yang memupuk peningkatan kemahiran berterusan, cross-skilling, multi-skilling dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan rakyat Malaysia.
  • Objektif Reskilling & Upskilling:

Kerajaan sedia bantuan tingkatkan 'skill" dalam kerja, mohon sekarang

i. Membantu rakyat Malaysia mencari program latihan yang berkaitan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.
ii. Meningkatkan daya saing pencari kerja, dan meyiapsiagakan mereka untuk kerjaya jangka panjang dalam industri yang mempunyai permintaan tinggi.
iii. Mengurus serta memantau program oleh Kementerian dan Agensi yang terlibat dalam inisiatif Reskilling & Upskilling secara berpusat, tersusun dan bersepadu.

Siapakah yang layak untuk memohon Reskilling & Upskilling?

  • Upskill Malaysia terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
  • Tiada had umur untuk individu mendaftar di portal ini.

Bagaimanakah cara untuk memohon Reskilling & Upskilling?

  • Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan INI. Sila isi semua maklumat yang diperlukan dan ikuti semua arahan yang diberikan untuk melengkapkan pendaftaran.
  • Tempoh permohonan berbeza berdasarkan kursus individu. Rujuk kepada kursus masing-masing untuk maklumat lanjut.

BACA:

Sharnaaz Ahmad jawab spekulasi kahwin semula dengan Noor Nabila

Rupanya arwah Fajim pernah terbabit kemalangan pesawat sebelum ni, ini kisah sebenar

Arab Saudi buat projek “gila”, belah padang pasir bina bangunan mewah 120 Kilometer