Pemuda ini kongsi buat fail peribadi masukkan semua isi penting, ‘senang lepas ni jadi apa-apa’. FAIL FARAIDH PERIBADI
Alhamdulillah, dah siap 90% untuk kandungan fail nie. Seyogianya, setiap orang mesti ada Fail Faraidh Peribadi masing-masing.
Ianya bertujuan agar waris tahu apa yang perlu diuruskan dari harta peninggalan si mati lebih-lebih lagi sekiranya harta tersebut hendak digunakan untuk melangsaikan hutang si mati (kita).
Jikalau dokumen tak lengkap, ianya akan menyukarkan urusan waris untuk menguruskannya. Dan paling kita bimbang kalau waris dah “give up” dan malas nak uruskan pusaka kita kerana urusan yang begitu mencabar.
Jadi, jom kita tengok apa dokumen yang perlu kita lengkapkan dalam fail ini.
=================================
1. SALINAN IC WARIS.
– Yang layak meneriman faraidh sahaja, demi mengelakkan campur tangan waris yang tidak layak dalam pengurusan harta ini.
– Contoh, si mati mempunyai anak laki². Maka dalam situasi ini, adik-beradik si mati tidak layak menerima harta tinggalan si mati kerana fungsi anak lelaki menghalang mereka daripada mendapat pusaka.
2. SALINAN DOKUMENT HARTA SEPERTI GERAN TANAH/RUMAH, KERETA DAN PERJANJIAN JUAL BELI.
– Banyak berlaku kes yang mana, si mati meninggalkan tanah berkeping² dan dalam masa yang sama mempunyai hutang yang banyak. Tapi asset tersebut tidak dicairkan untuk membayar hutang si mati kerana waris tak pernah tau pun yang si mati mempunyai tanah.
– Sebab itulah sekali-sekala kena cerita jugak jelas² kepada waris akan harta yang kita miliki.
3. SALINAN PENYATA BANK/KEWANGAN.
– Semua bank peribadi termasuk Tabung Haji, KWSP dan lain-lain.
– Kalau takdak salinan penyata nie, bank takkan benarkan waris untuk keluarkan duit si mati melainkan setelah keluar surat perintah daripada Pejabat Pusaka Kecil. Dah jadi 2× kerja waris terpaksa ulang-alik ke sana ke mari.
4. SALINAN HARTA-HARTA BERKENAAN
– Takaful perlindungan peribadi, auto-life takaful (kereta), MRRT (takaful untuk rumah) saham & lain²
5. SENARAI HUTANG (2 Jenis)
5.1 Hutang dengan Allah
✓ Badal haji
✓ Zakat yang tertunggak
✓ Fidyah puasa,
✓ Nazar & lain²
5.2 Hutang dengan Manusia.
✓ Hutang rumah
✓ Hutang kereta
✓ Personal loan
✓ Kad kredit
✓ Hutang dengan kawan
✓ Hutang dengan mak ayah
✓ Hutang dengan adik-beradik
✓ Hutang sewa rumah tertunggak
✓ Nafkah anak atau bekas isteri yang
tertunggak
✓ Hutang mas kahwin (yang ditangguh
sewaktu berkahwin)
✓ Saman Parking
✓ Saman AES/Speedtrap
✓ Bil-bil utility yang tertunggak (elektrik, air,
internet, Astro, penapis air dan lain²)
NOTA TAMBAHAN :
Jika sekiranya kita ada berhutang dengan sahabat kita suatu jumlah yang agak banyak, maka seeloknya kita masukkan nombor telefon sahabat kita dan juga nombor telefon warisnya sekali. Kalau selitkan gambar pemiutang sekali pun bagus juga.
Bukan apa, sekadar langkah-langkah berjaga². Andai kata ditakdirkan kita dan sahabat kita mati serentak, senang waris kita terus berhubung dengan waris pemiutang untuk bantu langsaikan hutang kita. =)
6. PESANAN BUAT WARIS.
– contohnya wasiat 1/3 harta fi sabilillah sebagai pencen kubur.
– asingkan harta yang telah dihibah, lantik pentadbir untuk urus faraidh & lain²
– Pesan pada waris untuk segerakan pengurusan harta pusaka kerana bimbang berlaku kematian berlapis.
7. STRUKTUR FARAIDH PERIBADI.
– Lakarkan siap² supaya waris tahu dan faham bahagian masing-masing dan mudah²an tidak bertelagah.
– Tujuan lain supaya waris tidak termakan harta waris yang lain dengan jalan yang bathil.
SEMOGA BERMANFAAT BUAT UMMAT. 🤲🏻
Terima kasih kepada A.F Ustaz Mohd Khusairi Saleh Dif atas tunjuk ajar.
BACA:
Kejam…Pelajar tingkatan 4 kena rogol dengan enam orang lelaki
Video budak kena paksa setubuh dengan kucing tersebar, akhirnya meninggal sebab murung
Politik punya pasal, Pandalela luah rasa kecewa acara terjun tak masuk dalam SUKMA 2022