Kejam…Pelajar tingkatan 4 kena rogol dengan enam orang lelaki

KejamPelajar tingkatan 4 kena rogol dengan enam orang lelaki

Kejam…Pelajar tingkatan 4 kena rogol dengan enam orang lelaki. Polis menahan enam lelaki termasuk remaja selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan dalam kejadian di sini, Isnin lepas.

Kesemua mereka berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun itu ditahan sekitar Ipoh pada Rabu selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan laporan dibuat itu, mangsa berusia 16 tahun dijumpai dalam keadaan terbaring dan khayal di sebuah rumah di Panorama Lapangan Terbang.

Beliau berkata, gadis itu kemudiaan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan sebelum mendapati mangsa telah dirogol.

“Hasil siasatan awal dijalankan, didapati mangsa ada berkenalan dengan seorang daripada suspek. Hasil perkenalan itu, dia telah dibawa ke sebuah hotel di Pekan Baru.

KejamPelajar tingkatan 4 kena rogol dengan enam orang lelaki

“Mangsa kemudian dipercayai telah ditinggalkan di sebuah rumah flat sebelum dijumpai ibunya dalam keadaan separuh sedar,” katanya kepada pemberita, pada Jumaat.

Beliau berkata, semua suspek direman empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

BACA:

Negeri Sembilan dilanda banjir besar malam tadi

Politik punya pasal, Pandalela luah rasa kecewa acara terjun tak masuk dalam SUKMA 2022

Aaron Aziz jumpa tikus besar dalam bilik hotel mewah, terkejut dengar jawapan hotel

CATEGORIES