Hanya sebab dron, kisah lelaki miskin bertuah dapat pergi haji curi tumpuan

Oleh INFORAKYAT

Hanya sebab dron, kisah lelaki miskin bertuah dapat pergi haji curi tumpuan. “Aku amat bersyukur kepada Allah SWT dan aku mendoakan segala kebaikan untuk semua insan yang telah menjadikan impian aku ini sebuah realiti.”

Itulah ungkapan yang penuh rendah diri yang dilontarkan oleh seorang lelaki tua miskin di Ghana yang tidak menyangka impian menjadi tetamu Allah telah dimakbulkan.

Menunaikan ibadat haji menjadi impian setiap umat Islam dan menuntut pengorbanan terakhir dalam kehidupan kerana ia berkait dengan pengorbanan masa beribadat yang panjang serta pengorbanan wang ringgit.

Begitulah dengan kisah lelaki tua dari Ghana ini yang turut berhasrat untuk menunaikan haji namun tidak dapat melakukannya kerana kesempitan wang.

Kata orang, ‘rezeki tak salah alamat’. Itulah yang dapat digambarkan kisah lelaki yang dikenali sebagai Al-Hassan Abdullah ini.

Hanya sebab dron, kisah lelaki miskin bertuah dapat pergi haji curi tumpuan

Kisah haji yang luar biasa

Kisah ini berlaku pada tahun 2017, yang mana dron milik agensi berita Turki terjatuh di depan rumahnya.

Dron tersebut jatuh sewaktu membuat rakaman tentang penduduk di kampung yang mana Al-Hassan itu tinggal.

Apabila melihat alat tersebut jatuh di depannya, dia mengangkat dan secara bersahaja berkata, “Apakah ada benda lebih besar daripada ini yang boleh bawa aku ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji?”

Apa yang berlaku di kampung terpencil itu dengan pantas mendapat perhatian di media sosial.

Orang ramai juga turut berusaha untuk mencari cara bagi dapat menghubunginya. Daripada ahli perniagaan sehinggalah syarikat-syarikat korporat.

Malahan turut menarik perhatian Menteri Luar Turki, Mevlüt Çavuşoğlu dan pihak Kementerian Luar dan Kebajikan Turki yang seterusnya memutuskan untuk membiayai hasrat Al-Hassan.

Bagi Al-Hassan, apa yang berlaku tidak pernah dimimpikan.

Al-Hassan dibawa ke Istanbul dari Accra dan disambut oleh sebuah badan kebajikan yang ditugaskan membuat kajian tentang Ghana.

Beliau memberitahu agensi berita Turki, Anadolu Agency (AA) bahawa dia berasa amat teruja dan merujuk segala yang berlaku kepada gerak Allah SWT.

“Aku yakin bahawa tindakan murni kerajaan Turki ini akan mencetuskan kesedaran dan menjalinkan keakraban serta persaudaraan antara umat Islam.”

Kisah ini membuka mata kita semua bahawa hanya Allah adalah sebaik-baik perancang dan kita perlu yakin dengan setiap janji-Nya.

BACA:

Vanida Imran pilih pesilat negara jadi suami

Baby Shima ada anjing peliharaan?

Maybank mula naikkan lagi BLR 25 mata bermula tarikh ini