Maybank mula naikkan lagi BLR 25 mata bermula tarikh ini

Maybank mula naikkan lagi BLR 25 mata bermula tarikh ini

Maybank mula naikkan lagi BLR 25 mata bermula tarikh ini. Malayan Banking Bhd (Maybank) akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Julai ini, berikutan pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) semalam.

Dalam satu kenyataan, bank itu berkata kadar Asas (BR) akan dinaikkan daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25 peratus setahun manakala kadar BLR akan dilaras daripada 5.65 peratus setahun kepada 5.90 peratus setahun.

Begitu juga, Maybank berkata Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas masing-masing daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25 peratus setahun dan daripada 5.65 peratus setahun kepada 5.90 peratus setahun.

Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 8 Julai ini.

“Semakan terakhir dalam Kadar Asas Maybank adalah pada 13 Mei 2022 apabila ia dinaikkan daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun berikutan kenaikan OPR dengan kuantum yang sama,” tambahnya.

Maybank mula naikkan lagi BLR 25 mata bermula tarikh ini

BACA:

Maybank buka permohonan jawatan kosong terkini

Maybank sediakan ATM khusus untuk keluar duit raya, ini senarai lokasi terpilih

Tular dakwaan Maybank akan habis duit? Ini penjelasannya…

CATEGORIES