10 kereta dan 5 motosikal kuasa besar PDRM terbakar di IPK Kedah

Oleh INFORAKYAT

10 kereta dan 5 motosikal kuasa besar PDRM terbakar di IPK Kedah. Sebanyak 10 kereta dan lima motosikal berkuasa tinggi musnah dalam kejadian kebakaran di bengkel kenderaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 4.53 pagi tadi.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, BBP Jalan Raja dan dua Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Jalan Kundor dan Seberang Nyonya bergegas ke lokasi bagi memadam kebakaran.

“Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati kebakaran membabitkan bangunan bengkel itu.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh terdapat 10 kereta dan lima unit motosikal berkuasa besar terbakar,” katanya di sini hari ini.

10 kereta dan 5 motosikal kuasa besar PDRM terbakar di IPK Kedah

Mohamadul Ehsan berkata, 80 peratus bangunan bengkel itu musnah dalam kejadian berkenaan.

Setakat ini, beliau berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian awal pagi itu setakat ini. dan pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian.

BACA:

Kehadiran Emran dan Nabila, Erra ke majlis kahwin DDNK jadi tumpuan

“Dah sampai ke belum?”, budak naik bas sorang diri asyik tanya driver tarik perhatian

Jep bikin panas dalam bas, “orang tidur boleh terbangun macam ni”