Jep bikin panas dalam bas, “orang tidur boleh terbangun macam ni”

Jep bikin panas dalam bas, “orang tidur boleh terbangun macam ni”

Jep bikin panas dalam bas, “orang tidur boleh terbangun macam ni”. Sebelum ini video Jep Sepahtu sedang menyanyi di dalam bas ketika perjalanan ke Melaka telah menarik perhatian ramai. Bukan sahaja menghayati lagu yang dinyanyikannya, malah telatah Jep yang menyanyi sambil mengelap wayar microphone turut mencuit hati warganet.

Malah di akaun Instagram Jep, telah dimuatnaik satu video terbaru yang memaparkan sekali lagi Jep sedang menyanyi di dalam bas. Kali ini Jep telah menyanyikan lagu bertajuk ‘ Kehendaknya ‘, nyanyian asal oleh kumpulan Terra Rossa.

Jep yang berada di kerusi hadapan dengan penuh perasaan menyanyikan lagu itu. Malah kelihatan para penumpang yang lain sedang nyenyak tidur. Di ruangan kapsyen, seloroh Jep menyatakan yang nyanyiannya itu telah membuatkan ramai yang terlena.

Difahamkan video tersebut dirakam ketika para penyampai Radio Sinar perjalanan ke negeri Kedah sempena Jelajah Bola Sinar. Sehingga kini, video Jep menyanyi ini telah mendapat ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Jep bikin panas dalam bas, "orang tidur boleh terbangun macam ni"

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya terhibur apabila melihat kesungguhan Jep ketika menyanyi dan pelbagai respon diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :

” G1la lah high pitch, auto laju bas tuh. Sabar Jep, benda boleh bawa bincang, napa nyanyi mar4h2 ni, hahaha.. “

” Kalau aku pun tengah tidur terbangun balik dengar part korus tu. Abang yang pakai spek mata hitam tu nyenyak betul tido.. “

” Ya Allah pen1ng saya dgr suara Tapan nyanyi. Penuh perasaan betul dia bawa lagu ni, urut dada dengar korus tu.. “

” Yakinnya kamu, hebatnya kamu Jep, hahaha. Sabar jalah, nasib lah yang tido2 tu tak datang cep0k kau Jep.. “

” Agak2 masuk dlm mimpi ngeri abg belakang tu tak Jep, hahahaa. Ad0ii sak1t telinga dengar, bukan terlena dah ni, terus terkej0t.. “

” Feeling habis muka, ni bukan terbuai dengar, mahunya semua terjaga dari tidur ingatkan sape lah yang tengah mar4h2.. “

” Dasyat Tapan kalau nyanyi, hahaha jaga2 tkt nanti sak1t tekak pula, kita yang dengar pun rasa macam sak1t tekak.. “

Ni bukan menghayati dah, macam tengah lepas ger4m betul Jep. Nasib lah semua penumpang yang tidur tak terjaga, kalau tak mahunya terkej0t. Apa-apa semoga segala program yang dirancang radio Sinar akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

BACA:

Berita kematian M. Daud Kilau tersebar

Puteri Balqis bidas Azhar Sulaiman, ‘awak dah tulis nota bunuh diri untuk kami’

Tak dapat ganja punya pasal, lelaki merajuk dua hari atas bumbung

CATEGORIES