Zuraida umum Ahli Parlimen dan Adun lompat ke PBM

Zuraida umum Ahli Parlimen dan Adun lompat ke PBM

Zuraida umum Ahli Parlimen dan Adun lompat ke PBM. Parti Bangsa Malaysia ( PBM) akan membuat pengumuman rasmi kemasukan lima Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ke dalam parti itu pada 1 Oktober ini.

Ahli Parlimen Ampang yang juga bakal Presiden PBM , Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pengumuman itu akan dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan PBM yang pertama di Kuala Lumpur .

“Insya-Allah Ahli Parlimen akan bertambah lagi, tetapi tunggulah 1 Oktober ini. Hari itu adalah hari kita adakan Mesyuarat Perhimpunan Agung tahunan pertama Parti Bangsa Malaysia (PBM) di Kuala Lumpur.

“Jadi di situ insya-Allah kita akan buat ‘announcement’ ( pengumuman) kemasukan Ahli Parlimen bersama kita… insya-Allah ada lebih banyak (lagi)…” katanya.

Beliau sebelum ini, mendedahkan terdapat tiga Ahli Parlimen dan ADUN akan menyertai PBM, namun merahsiakan identiti kelima-lima wakil rakyat berkenaan.

Zuraida umum Ahli Parlimen dan Adun lompat ke PBM

Mengulas mengenai persiapan parti itu pada Pilihan raya Umum ke 15 (PRU15), Zuraida berkata, parti itu akan memberi tumpuan untuk mengekalkan kemenangan di kawasan kerusi ‘penyandang’ kerana percaya dengan kekuatan wakil rakyat yang menang pada PRU lepas.

Katanya, walaupun PBM parti baharu, beliau yakin dengan kekuatan wakil rakyat dan jentera yang dimiliki parti itu selain penerimaan baik rakyat berdasarkan sambutan yang diterima menerusi jelajah seluruh negara.
“ Ya kita akan tumpukan di semua kerusi-kerusi yang ada penyandang, ‘incumbent seat’, kita tidak mahu buang masa, kita very focus, kita believe (percaya) kerusi yang kita dah sandang macam YB Leong (Tebrau) dah tiga kali term(penggal), YB Haniza tiga terms(penggal), saya pun tiga term,( penggal).

“Saya rasa potensi untuk kita mengekalkan kemenangan kerusi ini amat cerah kerana kita dah berkhidmat di kawasan itu selama tiga penggal.

“Alhamdulillah pengundi kenal kita, jentera pun mantap di kawasan yang telah kita sandang sebagai wakil rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat PBM Pulau Pinang di Juru, Pulau Pinang pada Sabtu.

Sebelum ini, Zuraida berkata, PBM akan bertanding tujuh kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN melibatkan calon ‘incumbent’.

Katanya, PBM ada empat ahli Parlimen iaitu Ampang (Zuraida), Tebrau (Steven Choong Shiau Yoon), Julau (Larry Sng Wei Shien) dan Silam (Datuk Mohamaddin Ketapi) selain lima ADUN iaitu tiga dari Perak dan dua dari Selangor.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, PBM tidak menolak untuk meletakkan calon di kerusi-kerusi baharu termasuk di Pulau Pinang sekiranya mendapat tawaran daripada parti gabungan yang akan mereka sertai nanti.

Sementara itu, ditanya mengenai permohonan menjadi sebahagian daripada komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN) Zuraida berkata belum ada sebarang kata putus dicapai buat masa ini.

“We will cross the bridge when we come to it. Kita tidak akan memikirkan perkara yang belum terjadi (penerimaan BN). Kita hanya bertindak berdasarkan apa yang ada (situasi) sekarang,” katanya.

BACA:

Gagal bayar RM3.93 juta, Zamsaham saman KAFA

Lelaki buat straw Coffe Bean sebagai pasta curi tumpuan ramai

Lelaki buat straw Coffe Bean sebagai pasta curi tumpuan ramai

CATEGORIES