Zuraida, SU Agong kena buang dari Parti Bangsa Malaysia

Zuraida SU Agong kena buang dari Parti Bangsa Malaysia

Zuraida, SU Agong kena buang dari Parti Bangsa Malaysia. Bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin antara 11 pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang digugurkan jawatan dan dipecat daripada parti itu.

Unit Penerangan PBM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, turut tersenarai antara yang dipecat adalah Setiausaha Agungnya, Nor Hizwan Ahmad.

Pengguguran kesemua anggota parti yang terlibat itu dibuat susulan kegagalan mereka memberi maklum balas kepada Jawatankuasa Disiplin PBM dalam tempoh tujuh hari yang diberikan sebelum ini.

“Mereka telah diberi peluang untuk menjelaskan dan membela diri serta diberi tempoh tujuh hari, akan tetapi telah gagal memberikan maklum balas kepada Jawatankuasa Disiplin Parti PBM.

“Maka dengan ini, demi kepentingan Parti PBM, Jawatankuasa Disiplin PBM telah membuat keputusan bahawa keahlian, jawatan individu-individu tersebut ditamatkan berkuat kuasa serta-merta pada 27 Disember 2022,” katanya.

Zuraida SU Agong kena buang dari Parti Bangsa Malaysia

Selain Zuraida dan Nor Hizwan, sembilan pemimpin PBM yang lain turut dipecat adalah Naib Presiden 1, Rahimah Majid; Naib Presiden 2, Dr Sathiskumar; Naib Presiden 3, Muhammad Saiful Bahari Sahari; Ketua Pemuda, Na’im Brundage dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid.

Sementara itu, Timbalan Presiden 1, Haniza Mohamed Talha dan Ketua Wanita, Dr Daroyah Alwi yang turut menerima surat tunjuk sebab juga dipecat dari jawatan, namun kedua-duanya masih kekal sebagai ahli biasa.

Krisis yang melanda PBM sebelum ini bertambah parah selepas Presidennya, Datuk Larry Sng menggantung keahlian dan jawatan 12 Ahli Majlis Tertinggi parti itu kerana mendakwa penglibatan individu berkenaan didapati menggugat kepentingan parti dan kepimpinan.

Susulan itu, Zuraida pada Sabtu mendakwa majoriti akar umbi parti itu tidak bersetuju dengan tindakan Larry dalam menguruskan organisasi tersebut.

Beliau berkata, beberapa langkah dangkal dilakukan Larry yang mendedahkan hal berkaitan kerahsiaan parti di media sosial selain kenyataan berbolak-balik telah merosakkan imej PBM dan mendatangkan kegusaran dalam kalangan ahli parti.

BACA:

Sharnaaz mengamuk produksi paksa kerja sampai 20 jam

Pakcik ni dah 27 tahun kerja Petronas, terkejut dapat hadiah tak dijangka daripada bos

10 tips naikkan seri pengantin macam Reen Rahim, lain macam ‘fresh’nya

CATEGORIES