Zuraida Ketua Umum Parti Bangsa Malaysia yang baru?

Zuraida Ketua Umum Parti Bangsa Malaysia yang baru

Zuraida Ketua Umum Parti Bangsa Malaysia yang baru? Parti Bangsa Malaysia (PBM) bercadang mewujudkan jawatan ketua umum untuk diberikan kepada Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamarudin yang menyertai parti tersebut bulan lalu.

Naib Presiden Kanan PBM, Steven Choong Shiau Yoon berkata, cadangan berkenaan akan dibawa dalam mesyuarat agung parti kerana tidak boleh dilantik begitu sahaja.

Ahli Parlimen Tebrau itu berkata, jawatan itu akan membolehkan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bersama-sama menerajui parti terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita perlu berikan jawatan yang sesuai supaya rakyat nampak beliau boleh menerajui parti, membantu Presiden untuk melakukan gerak kerja berimpak besar dalam politik serta mengemudi penyokong di peringkat akar umbi.

“Ada cadangan untuk memberikan jawatan sebagai Ketua Umum seperti diwujudkan PKR yang disandang Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu, saya tak pasti beliau akan terima atau tidak,” katanya dalam sidang akhbar di sini pada Rabu.

Zuraida Ketua Umum Parti Bangsa Malaysia yang baru?

Pada 26 Mei, Zuraida mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekali gus mengambil keputusan menyertai PBM.

Menurut Zuraida, langkah itu dibuat selepas mengambil pertimbangan mendalam selain amat tertarik dengan enam prinsip teras PBM.

Mengulas lanjut, Shiau Yoon yang juga Pengerusi PBM Johor berkata, kemasukan Zuraida menyertai parti itu disambut baik oleh semua ahli di setiap peringkat.

Katanya, bekas Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) itu adalah ahli politik yang dikenali ramai dan mempunyai aura tersendiri selain komited dalam menggalas tanggungjawab yang diberikan.

“Saya tidak dengar sebarang bantahan tentang penyertaannya untuk PBM, malah kami menerimanya dengan tangan terbuka. Apa tidaknya, dia adalah aset berharga buat kami,” katanya.

BACA:

Johnny Depp raih 7.4 juta pengikut selepas 15 jam buka Tiktok

Tok Kadi terkejut mas kahwin wanita RM500 juta tunai

Nasi Lemak penuh tahi bilis tak dibuang, gadis luah rasa kecewa walaupun beli RM1 sebungkus

CATEGORIES