Zuraida dah jumpa PM semalam, dedah sumber. Datuk Zuraida Kamaruddin dipercayai sudah berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, sehari sebelum mesyuarat Kabinet hari ini.
Ia diperkukuhkan dengan kehadiran Zuraida ke mesyuarat Kabinet pagi ini selain dijadualkan hadir ke Majlis Anugerah Industri Koko (AIKM) di Kota Kinabalu, sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, malam ini.
Sumber memaklumkan biarpun Perdana Menteri menyebut akan berjumpa dengan Zuraida sebelum mesyuarat Kabinet ia tidak bermakna pada hari ini.
“Beliau akan ke Kuala Kinabalu menghadiri program kementeriannya malam ini,” katanya.
Khamis minggu lalu ketika ditanya pemberita, Ismail Sabri memaklumkan akan bertemu dengan Zuraida bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Kabinet sebelum mesyuarat berkenaan minggu ini.
Zuraida pada 26 Mei lalu, dalam satu kenyataan media, mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Beliau kemudian menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Dua hari lalu, Zuraida dilaporkan berharap dapat mengekalkan jawatannya dalam Kabinet untuk menyelesaikan segala program dan perancangan kementerian diterajuinya.
Semalam, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu tidak berganjak dengan pendirian bahawa kuota yang diduduki Zuraida sebagai menteri adalah milik parti itu.
BACA:
KKM beri amaran Malaysia bakal hadapi gelombang baru Covid-19
Akhirnya “Pejuang Pas” mohon maaf kecam Adibah Noor