Zulin Aziz mengamuk disoal bab anak, “sabarlah!”

Zulin Aziz mengamuk disoal bab anak sabarlah

Zulin Aziz mengamuk disoal bab anak, “sabarlah!”. PASANGAN yang berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, pertanyaan mengenai anak boleh menjadi soalan sensitif dan menggores perasaan.

Bagi pelakon dan pengacara Zulin Aziz, dia juga berdepan dengan situasi sama sejak mendirikan rumah tangga dengan Farhan Nozini pada 20 Februari lalu apabila peminat sering melontarkan pertanyaan sama meskipun tidak sampai setahun berkahwin.

Namun siapa sangka, Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, mendedahkan dirinya baharu sahaja mengalami kegugvran pada Ogos lalu.

Zulin Aziz mengamuk disoal bab anak sabarlah

Zulin memaklumkan mengenai perkara itu selepas menerima banyak soalan berhubung anak ketika membuat video siaran langsung di TikTok miliknya.

Zulin minta peminat henti tanya soalan sensitif.

“Saya baru lepas gvgvr, orang tanya saya bila nak ada baby. Sabar la… Saya baru gugvr bulan lepas,” katanya.

Menganggap pertanyaan itu tidak sepatutnya dibuat segelintir netizen, Zulin turut membuat teguran secara terbuka agar tidak bertanya soal sensitif kepada dirinya.

Jelas Zulin, masyarakat sepatutnya lebih peka sebelum bertanyakan soalan sedemikian terutamanya melibatkan soal hubungan, perkahwinan dan cahaya mata.

“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tidak tahu, elak tanya soalan sensitif. Kau tidak ada common sense kalau tanya soalan.

“Macam dulu, waktu single, orang tanya bila nak kahwin… kalau aku kahwin dengan suami kau, baru tahu!,” katanya.

BACA:

Agihan pendapatan 3.75 sen seunit – ASM 3

Harta sekutu Jho Low akan dilucut oleh kerajaan

Culas bayar sewa, pemuda ni siap pakai hadis tutup kesalahan elak kena halau tuan rumah

CATEGORIES