Zarina Anjoulie tampil pertahan peguam Hafidzah, anggap Ammar Alfian tak kenang budi

Zarina Anjoulie tampil pertahan peguam Hafidzah, anggap Ammar Alfian tak kenang budi.Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mendedahkan tentang perangai aktor berbadan sasa Ammar Alfian yang menurutnya seperti kacang lupakan kulit apabila kerana lantang mengkritik pengamal undang-undang yang terlibat dengan kes adik Bella, Hafidzah Hassan.

Zarina atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul menerusi Twitter memaklumkan, peguam itu merupakan individu yang membantu Ammar untuk beberapa kes mahkamah terkait dirinya sebelum ini biarpun pelakon filem Paskal itu lantang mengkritiknya hanya kerana ramai melakukan perkara sama sekarang.

“Ammar Alfian, waktu kau susah siapa tolong kau? Peguam lain rosakkan kes kau, dia (Hafidzah) hanya dapat duit baki ‘sipi sipi’ sahaja.

“Ammar Alfian, kau memang tak reti bersyukur. Kau pergi bantai (pukul) orang di gimnasium, siapa tolong kau selesaikan? Hafidzah dan suami dia juga yang selesaikan.

“Ammar Alfian janganlah tak sedar diri. Waktu nak minta tolong bukan main kau pura-pura baik, gunakan dia (untuk khidmat guaman) dan sekarang, kawan aku (Hafidzah) kau kata jahat. Kau dapat tebus talak dan dapat anak kau pun pasal siapa,” ciap Zarina, 35.

Zarina Anjoulie tampil pertahan peguam Hafidzah, anggap Ammar Alfian tak kenang budi

Menurut pelakon filem Hantu Kuat Ketawa itu lagi, Ammar sememangnya seorang yang suka bermuka-muka demi kepentingan dirinya sendiri.

“Sekali lagi, aku nak ingatkan kau siapa tolong masa kau kena tangkap? Sedarlah diri. Dahlah tak bayar duit orang itu, lagi mahu cerita.

“Aku dari awal dah pesan kawan aku (Hafidzah), jangan ambil kes kau sebab kau ini talam sejuta muka. Tapi sebab kasihan, dia tolong juga,” katanya.

Zarina bertegas bahawa dia hanya mempertahankan rakan baiknya itu dan mengharapkan orang ramai bersikap terbuka dan tidak hanya bersuara hanya dengan mendengar satu pihak saya.

“Saya hanya mempertahankan BFF (kawan baik) sahaja. Saya minta maaf kacau hidup kalian hari ini. Tapi kebenaran perlu diberitahu. Semuanya (kebanyakan) yang kalian dengar hanya satu pihak sahaja.

“Saya pelik, Hafidzah tengah viral, jantan itu (Ammar) sibuk turut serta. Kenapa tak habis cerita pada netizen apa yang kau dah buat? Nak cheap fame (publisiti murahan), kau tularkan kawan aku yang dah tolong kau waktu susah,” getus Zarina.

Terdahulu, Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz menerusi Instagram menyifatkan Hafidzah yang mewakili anak guamnya, Siti Bainun sebagai seseorang yang kemaruk publisiti dan wang ringgit.

“Ibu saya ternyata betul tentang kalian. Kirafah itu memang akan berlaku,” coret Ammar.
TONTON :

BACA:

Baki KWSP terkini: Ini cara semak tanpa guna i-Akaun

Dah macam drama TV, seorang pun tak perasan adik beradik kembar ni berganti masuk ofis

CATEGORIES