Zarina Anjoulie dedah perangai busuk kawan baik -“Dia tak sedar diri dah tak popular”

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Pelakon Zarina Anjoulie tampil memberikan ulasan tentang tindakan Fathia Latiff yang memuat naik beberapa siri hantaran di media sosial

serta turut mengkritik penampilan fizikal isteri kepada Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson.

Zarina mendakwa pelakon drama Ariana Rose itu mempunyai masalah hati.

Zarina Anjoulie dedah perangai busuk kawan baik -“Dia tak sedar diri dah tak popular”

“Kalau tengok video tu, ini masalah dengan Fathia. Kami pernah berkawan dan bergaduh, inilah kenapa… Masa tu saya cakap orang tak percaya, saya ni banyak kontroversi.

Kalau korang tengok video itu, korang boleh sense tak busuk hati? Sebab itulah saya berhenti Berkawan dengan dia. Masa lepak dengan dia, sentiasa bercakap fasal followers Instagram dia.

Sebab itulah saya fed up! Itu saja dia bercakap, kau ni betul tak betul?

“Orang normal tak cakap macam tu,” ulasnya menerusi sesi siaran langsung di media sosial yang Kemudiannya dimuatnaik di beberapa platform penstriman.

Zarina menambah lagi bahawa disebabkan sikap tersebut, periuk nasi Fathia turut terjejas dan beliau tidak lagi menerima tawaran untuk berlakon.

“Saya terkejut tengok page dia all out dia kecam Zahirah. Masa akan menentukan perangai sebenar.

“Dia tak boleh sorok perangai busuk lama-lama, akan kantoi juga. Masa orang tanya kenapa saya gaduh dengan dia, inilah sebabnya. Busuk hati dia kuat sangat.

“Dia tak ada kawan… Lepas lima tahun masih tak ada perubahan. Sampaikan dia tak ada kawan, tak ada orang nak berkawan dengan dia.

“Tiada orang boleh berkawan dengan dia, otak dia Ariana Rose, masih famous. Tak sedar diri, dia bukan apa-apa. Tak mengapa, bukan orang tak sayang dia. Orang dah tak kisah fasal kau. Kau dah tak famous. It’s okey, ramai orang sayang kau. Dah sendu pun, dah okey.

“Orang tak nak ambil dia berlakon kerana perangai dia, nak buat macam mana? Tengoklah apa yang dia post di Instagram. Jujurnya saya tak bencikan dia, saya harap dia akan berubah suatu hari nanti. Saya cuba faham dia, tapi saya dah tak tahan dan tak faham dah,” katanya.

Namun, Zarina juga menitipkan doa agar Fathia sentiasa gembira dan mempunyai kehidupan yang penuh kebahagiaan.

Baca juga: “Betul ke ni suami aku?! Rajin pergi masjid kopiah tak tanggal tapi tiap kali pergi masjid bawa beg kerja, sekali buka penuh dengan..”