Zara Zya tamatkan zaman bujang di Thailand? Tuan badan tampil jawab khabar angin

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Pelakon Zara Zya menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya telah bernikah di Thailand.

Zara membuat kenyataan tersebut melalui aplikasi Thread,

sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan menyebabkan dia sukar tidur.

“Tak lena tidur saya dibuatnya, memikirkan tentang khabar angin yang mengatakan saya telah berkahwin di Thailand.

Astagfirullahalazim, berat tuduhan ini. Fitnah! Saya belum berkahwin dan tidak pernah berkahwin,” tegasnya.

Zara Zya tamatkan zaman bujang di Thailand? Tuan badan tampil jawab khabar angin

Sebelum ini, Zara Zya pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang selebriti, namun hubungan itu berakhir di tengah jalan.

Selain itu, nama Zara Zya turut tular di media sosial apabila dia berkongsi pengalaman mengenai gangguan makhluk halus yang dialaminya.

BACA: ‘Jika terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini’ Agong titah UPNM henti budaya dera