Zaman PH kononnya Islam terancam, sekarang macamana?

Zaman PH kononnya Islam terancam, sekarang macamana?

Adakah benar ISLAM terancam?

RM58 juta diberikan kepada TARUC tetapi RM100 ribu sahaja diberikan kepada PASTI.

Bukan apa sangat pun. Saya kira perkara ini ada asas dan basisnya.

Ketika PH memerintah, PH komited untuk meningkatkan peruntukan buat institusi agama.

Peruntukan ini langsung tidak pernah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.

JAKIM sahaja menerima 1.3 bilion dalam pembentangan bajet tahun 2020. Meningkat dari RM1.1 bilion (2018) kepada RM1.3 bilion (2020).

Bukan setakat itu, JK Khas Kewangan Islam ditubuhkan dibawah Kementerian Kewangan Malaysia untuk memastikan kewangan Islam menerajui pasaran dunia.

Elaun guru KAFA pula dinaikkan kepada RM1,000 sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Agama.

Tambahan lagi, sektor pendidikan juga merasai kemanisannya. Khususnya yang berkaitan dengan agenda pemerkasaan institusi Islam dalam bajet 2020. Cuba lihat:

1. Sekolah Tahfiz – RM50 juta
2. Sekolah Pondok Berdaftar – RM25 juta
3. Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Persendiran – RM25 juta
4. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan – RM20 juta
5. Sekolah Persendiran Cina – RM15 juta

Hari ini? Apa sudah jadi?

RM100 ribu diberikan kepada PASTI vs RM58 juta diberikan kepada TARUC (Kolej Swasta MCA).

PASTI terkenal dengan sebuah medium pendidikan bersifat Islamik seperti dianak tirikan oleh Kerajaan Melayu – Islam hari ini.

Kolej Swasta MCA lebih hebat lagi. Jutaan ringgit diberikan kepada kolej milik MCA.

Anda mampu menilainya. Fikirlah.

Sumber :

COMMENTS