Zahid ulangi pendirian agar dipermudahkan urusan RM10 ribu KWSP

Saya mendengar dan membaca semua keluhan dan suara hati rakyat yang kecewa dengan syarat-syarat dikenakan pihak KWSP berkenaan pengeluaran i-Sinar Akaun 1 KWSP
Ternyata nada pengurusan KWSP amat berbeza dengan harapan positif yang diberikan oleh YB Menteri Kewangan ketika sesi penggulungan peringkat dasar Belanjawan Negara 2021 tempoh hari.
Ahli-Ahli Parlimen BN dan UMNO termasuk sayap-sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri sejak dari awal tegas dan konsisten memperjuangkan isu tuntutan pengeluaran Akaun 1 KWSP yang dibangkitkan rakyat.
Di saat rakyat sedang kesempitan dalam mendepani keadaan luar biasa pandemik , amat wajar sekali kita mempermudahkan dan menyantuni keperluan mereka.
Jesteru , saya meminta pihak KWSP untuk mempermudahkan pihak pencarunm bagi mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa mengenkan sebafrang syarat dan diberikan pilihan untuk mengeluarkannya secara one-off sebanyak RM10.000 maksimum.
AHMAD ZAHID HAMIDI
4 Disember 2020
Sumber :