Yasmin Hani akui tak suka masak, “sanggup berlapar, janji rumah bersih”. Pelakon Yasmin Hani baru-baru ini mendedahkan dirinya tidak gemar memasak kerana mementingkan kebersihan di persekitaran rumah.
Menurut sumber, Yasmin mengetahui asas memasak namun lebih memilih untuk mengemas bagi mengelakkan rumah dalam keadaan kotor.
Saya seorang yang suka outdoor dan mengemas. Kalau memasak, saya rasa basic saja boleh sebab pada akhirnya saya tanya diri sendiri, saya nak rumah bersih ke nak dapur berasap tapi rumah kotor berlemuih?”
Tambahnya lagi, dia sanggup berlapar kerana sangat mementingkan kebersihan rumah dan hanya akan memasak apabila perlu sahaja.
Saya sanggup berlapar asalkan rumah saya bersih. Nombor satu pada saya ialah kebersihan. Saya suka masak bila saya nak saja.”
Dia turut berkongsi zaman kanak-kanaknya di mana dia sering dimarahi ketika masuk ke dapur yang menjadi punca dia lebih gemar mengemas.
Dalam pada itu, pelakon filem Duyung tersebut membongkarkan bahawa dirinya kerap berdoa agar suatu hari nanti dia terbuka hati untuk minat memasak.
Dulu bila saya masuk dapur, saya kena marah dan halau. Dah ada tiga orang di dapur, jadi yang bongsu ni tak pandai masak buat apa? Saya keluar kemas satu rumah. Saya fikir balik dan berdoa ‘Ya Allah, tolonglah buka hati saya untuk suka memasak, suka tau bukan pandai memasak.”
BACA:
Baby Shima belanja pakai baju kurung pula, netizen perasan sesuatu..
Jabatan Perangkaan Malaysia buka jawatan kosong besar-besaran
Video pemuda terajang gadis jadi kecoh, dengan Neelofa sekali masuk campur
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio