Yang layan cerita Harry Potter mesti ramai tahu sukan ‘Quidditch’, tahukah anda permainan ini sebenarnya wujud?

Oleh INFORAKYAT

Yang layan cerita Harry Potter mesti ramai tahu sukan ‘Quidditch’, tahukah anda permainan ini sebenarnya wujud?

Sama ada anda seorang ‘Potterhead’ ataupun tidak, anda pastinya mengetahui tentang sukan Quidditch.

Jadi untuk mereka yang tidak mengetahui apa-apa tentang sukan Quidditch, ini sedikit informasi penulis kongsikan untuk anda.

Yang layan cerita Harry Potter mesti ramai tahu sukan 'Quidditch', tahukah anda permainan ini sebenarnya wujud?

Quidditch adalah satu sukan popular dalam kalangan ahli sihir yang dimainkan dengan menggunakan sebatang penyapu – pemain akan duduk di atas sebatang penyapu dan terbang!

Seperti yang diperkatakan oleh Hagrid, Quidditch ni famousnya macam sukan bola sepak lah di dunia manusia biasa.

Tipulah kalau anda tak pernah berangan-angan menjadi seorang pemain Quidditch di Hogwarts dan terbang dengan menggunakan penyapu magis yang anda miliki. Peh, hebat!

Tetapi, tahukah bahawa Quidditch kini adalah sebuah sukan yang dimainkan di peringkat antarabangsa? Ya, di dunia Muggles!

Sukan Quidditch mula dicipta pada tahun 2005 di Middlebury College, Middlebury, Vermont oleh Xander Manshel dan Alex Benepe yang kemudiannya dilantik sebagai pesuruhjaya pertama dalam sukan quidditch.

Semenjak permulaan sukan ini di Middlebury College, ia telah berkembang di beberapa buah universiti seperti UC Berkeley di Amerika Syarikat dan akhirnya sukan ini juga dikenali diperingkat antarabangsa bermula dengan Kanada di McGill University dan Carleton University pada tahun 2009.

Sekarang, sukan ini telah terbesar ke seluruh dunia dan terdapat beberapa pasukan aktif dari negara Malaysia, China, Uganda, Filipina dan Vietnam. Ya, Malaysia pun ada team Quidditch!

Quidditch adalah sukan berpasukan campuran dengan sedikit campuran elemen daripada beberapa sukan – ragbi, dodgeball dan tag. Setiap pasukan quidditch terdiri daripada tujuh orang pemain dengan sebatang penyapu diapit di antara kaki mereka sepanjang tempoh permainan.

Berikut adalah peraturan sukan Quidditch yang ditetapkan oleh Persatuan Quidditch Antarabangsa (IQA).

 

Anda boleh rujuk kepada video ini untuk lebih memahami tentang cara sukan Quidditch ini dimainkan.

BACA: 

Tukang kutip sampah terjumpa RM330,000 dalam timbunan sampah, apa yang dia buat dengan duit itu sangat mengejutkan!

Kecoh Siti Zailah guna pili bomba tanpa kebenaran, sekali peguam ini dedah hukuman yang bakal menimpa jika sabit bersalah