Dengan memiliki 72 buah kapal selam dalam perkhidmatan setakat ini, Amerika Syarikat merupakan antara negara dengan pasukan tentera bawah air terbesar di dunia.
Sangat senyap dan berbahaya terhadap kapal-kapal di atas permukaan, kapal selam ditugaskan untuk menghalang pencerobohan asing
pencegahan nuklear, pengumpulan perisikan, dan juga menyediakan sokongan bagi pasukan tentera darat dengan peluru berpandu serangan darat.
Tetapi bagi sebahagian besar jangka hayat kapal selam itu, ia biasanya menyelam ke seluruh lautan dunia dengan tanpa disedari sesiapa.
Dan bagi kru kapal selam, kehidupan mereka berlayar dalam kapal selam di bawah air sangat unik dan mecabar.
Tak semua orang boleh menjadi kru kapal selam dan walaupuan ia merupakan 100% tenaga sukarelawan, armada kapal selam Tentera Laut AS mempunyai syarat-syarat kemasukan yang sangat ketat.
Individu tersebut mestilah lelaki, lulus satu siri ujian akademik, penilaian psikologi, dan kursus intensif mengenai asas-asas operasi kapal selam.
Dengan tempoh pelayaran yang boleh berlangsung selama beratus-ratus hari pada satu masa dan berhadapan dengan bencana yang boleh membunuh, pasukan Tentera Laut harus yakin dalam memberikan kepercayaan untuk mengendalikan antara senjata yang paling mahal serta beberapa ratus orang yang lain, kepada individu yang stabil dari segi psikologi dan berkelayakan akademik.
Namun, kehidupan dalam kapal selam bukanlah satu kehidupan mampu dilalui pemohon.
Secara teknikalnya, kapal selam Amerika Syarikat bertugas sehingga 90 hari pada satu masa, tetapi realiti persekitaran geopolitik yang dinamik kadang-kala membuatkan bahawa kapal selam akan keluar di laut selama seratus hari atau lebih, dan kembali ke pelabuhan hanya untuk mendapatkan sumber makanan sebelum berlayar semula.
Seorang anak kapal yang ditemuramah mengatakan bahawa perkhidmatannya yang paling lama adalah selama 328 hari, dan ini adalah satu tempoh yang sangat lama.
Memandangkan Tentera Laut Amerika Syarikat hanya mengendalikan kapal selam berkuasa nuklear, ketahanan setiap kapal ini adalah berdasarkan jumlah makanan yang boleh dibawa.
Reaktor kapal selam tersebut biasanya akan hanya dibekalkan dengan bahan bakar sekali sepanjang hayatnya, dan keperluan untuk menjaga kru-kru kapal adalah satu-satunya perkara yang membataskan berapa lama kapal selam dapat menyelam di laut.
Sumber udara dan air dijana secara dalaman, jadi walaupun setelah lama kehabisan makanan, kapal selam masih mampu menyediakan air minuman segar dan udara untuk bernafas.
Syif 6 jam
Kru kapal selam dibahagikan kepada tiga syif dengan tempoh 6 jam setiap satu.
Biasanya, anak kapal akan mempunyai 6 jam untuk bertugas, 6 jam untuk belajar, berlatih atau waktu persendirian, dan 6 jam untuk waktu tidur.
Pusingan 18 jam ini boleh mengelirukan anak-anak kapal yang menghabiskan berminggu-minggu pada satu masa di bawah air, dan biasanya anak-anak kapal hanya mengetahui waktu dalam sehari (jam) berdasarkan jenis makanan yang disediakan.
Antara salah satu perkara yang sangat berharga dalam kapal selam sudah tentunya ruang dan ini membuatkan ruang peribadi menjadi sangat terhad.
Setiap anak kapal biasanya mempunyai kira-kira ruang 1.4 meter persegi untuk diri mereka sendiri, dan tidur di atas katil bujang yang kecil dipanggil “keranda”.
Katil-katil ini hanyalah dipisahkan oleh kain nipis, jadi privasi di antara mereka tidak wujud.
Dan disebabkan ada kru yang sedang tidur tak mengira waktu disebabkan oleh syif, maka anak kapal harus mematuhi peraturan seperti tidak menutup pintu dengan kuat dan sentiasa merendahkan suara.
Walaubagaimanapun, sesetengah kapal selam mempunyai lebih ramai kru berbanding katil dan ini memaksa mereka untuk berkongsi katil.
Ketika seorang anak kapal sedang bersiap untuk syif mereka, seorang lagi mengambil tempatnya untuk tidur. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah privasi dan berkongsi tempat tidur, kapal selam bukanlah tempat yang sesuai untuk anda.
Akses kebersihan diri yang terhad
Selain itu, katil bukanlah satu-satunya tempat dengan ruang yang terhad, kerana hanya terdapat 2 bilik mandi bagi keseluruhan 130 orang kru dan tempoh maksimum bagi seorang kru hanyalah 3 hingga 5 minit.
Ini bukan sahaja membantu memastikan semua kru dapat mandi, tetapi juga mengurangkan tekanan pada sistem penapisan air kapal yang menukarkan air laut masin menjadi air tawar.
Juga, hanya terdapat satu pengering dan mesin basuh di atas kapal selam, menjadikan pakaian bersih itu satu kemewahan.
Dari segi hiburan, terdapat gimnasium kecil dengan biasanya terdiri daripada satu atau dua mesin yang boleh digunakan oleh kru kapal.
Bilik perwira kapal, tempat di mana para pegawai senior menikmati juadah makan, juga berfungsi sebagai teater operasi semasa kecemasan perubatan.
Tandas juga sangat terhad, dengan hanya satu tandas untuk setiap 40 orang dan anda perlu tahu cara menggunakan tandas.
Oleh kerana najis perlu ditempatkan dalam tangki khas untuk dikeluarkan pada masa yang sesuai, tandas tersebut perlu bertekanan tertentu sebelum di-flush.
Jika tidak dilakukan dengan betul, najis tersebut akan “tertembak” keluar dan mengenai kru itu sendiri.
anak kapal dalam kapal selam main permainan video
Bilik rekreasi biasanya mempunyai TV plasma dan banyak pilihan filem untuk menghiburkan para kru.
Mereka juga diberikan sistem permainan video seperti PlayStation dan sebagainya untuk para kru mengisi masa lapang.
Ruang yang paling besar dalam kapal selam dikhaskan untuk reaktor nuklear dan sistem pendorong, yang mana merangkumi satu pertiga daripada panjang kapal selam.
Dapur merupakan ruang kedua terbesar dalam kapal selam dan biasanya penuh dengan sumber makanan.
Kehidupan di bawah air untuk tempoh beberapa minggu atau bulan pada satu-satu masa boleh menyebabkan tekanan yang dahsyat, jadi Tentera Laut harus memastikan dapur mereka lengkap.
Anak kapal boleh menikmati makanan segar untuk beberapa minggu pertama berlepas, namun makanan selepas itu dihasilkan daripada bahan-bahan seperti makanan dalam tin dan sebagainya.
Tiada akses internet dan dunia luar
Selain itu, kapal selam tidak mempunyai internet dan komunikasi dengan dunia luar hanya dikhaskan untuk tujuan penting sahaja yang memerlukan kapal selam naik ke permukaan.
Disebabkan oleh hubungan komunikasi boleh mendedahkan lokasi sesebuah kapal selam dan aset paling berharga, ia tidak boleh terlalu banyak berkomunikasi dengan dunia luar.
Ini bermakna para kru kapal selam boleh berada di bawah air untuk tempoh berbulan-bulan tanpa menghubungi ahli keluarga atau orang tersayang, dan perlu bergantung kepada persahabatan yang dibina dengan kru kapal yang lain.
Untuk menjadikan persekitaran yang sempit menjadi lebih mesra bagi para kru kapal, setiap daripada mereka perlu mematuhi peraturan yang tidak dinyatakan seperti tidak boleh bercakap mengenai politik di atas kapal.
Malah, mereka juga mempunyai tradisi yang mana kru junior akan melakukan apa sahaja yang diarahkan oleh kru senior. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara kru kapal.
Saling mempercayai dan persahabatan di kalangan kru kapal yang menghabiskan banyak masa bersama-sama adalah perkara yang membezakan mereka dengan pelaut lain dalam Tentera Laut AS.
Kerana tugas mereka yang menyebabkan tekanan tinggi, kru kapal selam sering dikecualikan daripada peraturan biasa Tentera yang ketat terhadap rambut dan bulu pada wajah.
Ini membolehkan kru kapal selam menyimpan jambang dan rambut yang lebih panjang daripada anggota lain dalam pasukan tentera AS.
Kehidupan dalam kapal selam adalah sangat sukar kerana memerlukan mental yang unik serta cabaran fizikal yang mana tidak semua pelaut boleh hadapi.
Namun seperti yang dikatakan berulang kali oleh para penganalisis pertahanan di seluruh AS, perkhidmatan senyap Tentera Laut Amerika Syarikat adalah elemen paling penting dalam keselamatan kebangsaannya.
BACA: Berang isteri lari angkara orang ketiga, suami nekad penggal kepala kekasih isteri letak depan rumah