Yang ditunggu telah buka mulut, peguam terkenal berkenan bantu kes baby Adham

Oleh DAHLIA MARZUKI

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kisah memilukan tentang jasad seorang bayi yang dibekukan selama 16 hari oleh sebuah hospital swasta.

Tindakan tersebut didakwa dilakukan kerana si bapa tidak mampu membayar kos perubatan yang dikenakan.

Kes Mendapat Perhatian Peguam Terkenal

Perkara ini turut mendapat perhatian Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, seorang peguam terkenal, yang memberikan respon tegas terhadap insiden tersebut.

Dalam satu siaran langsung di TikTok, beliau mempersoalkan tindakan hospital yang menahan ibu bayi itu selama 16 hari di wad.

Yang ditunggu telah buka mulut, peguam terkenal berkenan bantu kes baby Adham

Menurut beliau, tindakan tersebut melibatkan elemen jenayah.

“Apa hak hospital untuk menahan anak guam saya? Apa undang-undang yang mereka gunakan? Agreement itu hanya bukti pesakit datang ke hospital, tetapi menahan seseorang tanpa alasan yang sah adalah elemen jenayah.”

Beliau turut menegaskan bahawa hospital sepatutnya melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis jika terdapat sebarang isu, bukannya mengambil tindakan sendiri.

“Faktanya, hospital telah menahan jenazah bayi selama dua minggu. Sepatutnya, jenazah bayi itu perlu segera dikebumikan kerana bayi tersebut telah meninggal dunia.”

Tindakan Hospital Dikecam

Isteri kepada Datuk Ahmad Zaharil juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan hospital, menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.

“Bil itu bukannya berpuluh ribu. Kalau mereka maklumkan, pasti ada orang yang akan tampil membantu. Kejamnya manusia, sepatutnya beri peluang untuk bayi itu dikebumikan dahulu.”

Usaha Membantu Keluarga Mangsa

Datuk Ahmad Zaharil menyeru orang ramai untuk membantu beliau mendapatkan maklumat tentang ibu bapa bayi tersebut supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pihak hospital.

“Kalau ada sesiapa yang tahu, bawa ibu bapa bayi ini jumpa saya. Saya akan saman pihak hospital dan lawan untuk keadilan mereka.”

Simpati dan Sokongan Orang Ramai

Kisah ini sebelum ini dikongsikan oleh Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai, yang turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ahmad Zaharil atas kesediaannya membantu keluarga bayi tersebut.

Bayi malang yang dikenali sebagai Muhammad Adham Mikail itu telah menjadi simbol simpati orang ramai terhadap keluarga yang ditimpa ujian berat ini.

Perkongsian tersebut mencetuskan reaksi masyarakat yang mengutuk tindakan hospital dan bersolidariti dengan keluarga mangsa.

BACA: Patutlah sedap ikan pekasam bila digoreng, rupanya 5 mayat manusia perisa tambahan!