Yang dipromosi daging lembu, rupanya yang dapat daging babi sekali ini yang jadi

Oleh INFORAKYAT

Yang dipromosi daging lembu, rupanya yang dapat daging babi sekali ini yang jadi.

Unit Siasatan Jenayah Polis Lampung mendedahkan kes penjualan daging lembu yang diletakkan bercampur dengan daging babi di di sebuah pasar di Lampung.

Lapor Kompas.com, ketuanya, Faria Arista berkata, penjual menggunakan dua modus operandi bagi mengaburi mata pelanggan yang menyangka mereka membeli daging lembu.

Yang dipromosi daging lembu, rupanya yang dapat daging babi sekali ini yang jadi

“Pertama, mereka akan menawarkan daging lembu dengan harga jauh lebih murah daripada harga pasaran iaitu 100,000 rupiah (RM28) berbanding harga pasaran 120,000 rupiah (RM33) sekilogram.

“Sebenarnya, daging lembu yang dijual itu adalah daging babi dan tindakan peniaga mencampurkan kedua-dua daging itu untuk mengaburi mata pembeli,” katanya.

Menurut Faria, taktik kedua penjual akan mengirimkan video palsu kepada bakal pembeli.

“Pembeli akan ditunjukkan video penyembelihan dan pemotongan daging lembu agar lebih meyakinkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, taktik itu hanyalah modus operandi dan video itu akan dimuat naik untuk dikirimkan kepada bakal pembeli,” jelasnya.

Susulan itu, tiga suspek termasuk anak dan bapa berusia 55 tahun diberkas, sementara, seorang lagi merupakan penduduk Labuhan Ratu, Lampung Timur.

Beliau meminta masyarakat supaya berwaspada serta tidak mudah terpengaruh dengan tawaran harga daging lembu yang murah lebih-lebih lagi semasa Ramadan dan menjelang lebaran.

BACA:

Selepas perniagaan jatuh angkara fitnah, ini keadaan terkini pengeluar Sos Aminah Hassan

Runsing kos kahwin mahal? Kerajaan bakal perkenal pakej perkahwinan Rahmah