Walaupun tidak rela berjauhan, kehidupan PJJ (perhubungan jarak jauh) terpaksa dilakukan oleh sebilangan besar suami isteri atas tujuan mencari rezeki.
Ketika pasangan masing-masing tiada di sisi, terkadang macam-macam perkara boleh berlaku meskipun sudah sehabis baik menjaga keselamatan diri masing-masing.
Berang dapat tahu maruah isteri ‘diragut’ secara paksa
Itulah dugaan yang menimpa seorang wanita ini di saat suaminya, Muhlis sedang merantau kerja di negeri lain.
Malang tidak berbau, dirinya telah ‘ditiduri’ secara paksa oleh seorang lelaki berumur 47 tahun bernama Abdul Rauf sewaktu berada di rumahnya.
Setelah isterinya mengadukan hal itu, Muhlis yang berang nekad mengambil penerbangan balik kampung dengan kadar segera bagi membalas kejahatan Abdul Rauf.
Rupanya, diam-diam dia merancang kononnya isterinya mengajak Rauf untuk berjumpa. Walhal sebenarnya, mereka berdua sedang mencari waktu yang sesuai untuk ‘menamatkan’ hayat Abdul Rauf.
Selepas 3 jam menunggu penuh sabar, Rauf akhirnya termakan perangkap itu dan segera pergi bertemu wanita terbabit.
Muhlis yang bersembunyi di balik pohon pisang menyuruh isterinya meyakinkan Rauf untuk pergi ke situ.
Setelah mendekat, Muhlis terus menyerang Rauf di kepala sehingga ‘tewas’ menggunakan 2 alatan berbeza.
Sebelum melarikan diri, lelaki itu dikatakan sempat meminta maaf kepada pelaku.
“Yang aku ‘habiskan’ bukan manusia, tapi sifatmu” – Kata Muhlis kepada tubuh pelaku menggunakan Bahasa Bugis
Muhlis geram setelah mendengar perlakuan jijik Rauf kepada isterinya
Muhlis sudah berada dalam tahanan polis
Walau bagaimanapun, usaha Muhlis melarikan diri dengan menaiki pesawat akhirnya gagal.
Dia berjaya diberkas polis dan telah mengaku geram lantaran maruah isteri diragut tanpa belas kasihan.
Jika disabitkan bersalah oleh undang-undang, dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.