Xioami kini mempunyai kilang yang boleh menghasilkan 10 juta telefon pintar manusia tanpa pekerja manusia.
Kilang Xiaomi Smart Factory terletak Changping, Beijing dan ia menelan belanja RMB 2.4 bilion dengan keluasan lantai 81,000 meter persegi.
Menurut CEO Xiaomi, Lei Jun kelengkapan pemasangan telefon peranti di kilang ini dibangunkan sendiri oleh mereka.
Kilang ini akan digunakan untuk menghasilkan Xiaomi MIX Fold 4 dan MIX Flip.
Biasanya proses pemasangan komponen utama dan pemeriksaan di peringkat akhir dilakukan oleh pekerja manusia di lantai kilang.
Ini adalah sebab utama mengapa pengeluaran telefon pintar dan kelengkapan elektronik terjejas teruk ketika pandemik Covid-19 empat tahun yang lalu.
Apple juga mengalami masalah produksi apabila pekerja kilang Foxconn merusuh beberapa tahun lalu.
Dalam video yang dikongsi oleh Lei Jun, operasi kilang hanya dikawal oleh beberapa kakitangan sahaja.
Usaha membangunkan kilang yang beroperasi menggunakan teknologi automasi sepenuhnya telah dimulakan sejak 2017.
Sebelum ini kilang percubaan telah memulakan operasi dan menghasilkan 1 juta peranti setahun.
BACA: ‘Single dapat free’ Tular durian diberi percuma kepada yang ‘single’ sahaja